Wednesday, May 21, 2008

Banyaknya duit...

Posted by NaZa at 4:10 PM
BEYONCE dan JAY-Z

Pendapatan Jay-Z: Dia memperoleh lebih RM368 juta tahun lalu dan ada simpanan lebih RM960 juta, tiga kali ganda berbanding simpanan Beyonce. Penyanyi rap berusia 38 tahun ini memiliki sebahagian daripada saham dalam pasukan bola keranjang New Jersey Nets dan beberapa francais kelab malam. Menerusi jualan pakaian berjenama Rocawear, Jay-Z memperoleh RM653 juta.

“Apa saja yang dipegangnya bertukar menjadi wang,” kata satu sumber dalam dunia kewangan.

Pendapatan Beyonce: Dia memperoleh RM173 juta tahun lalu. Penyanyi berusia 26 tahun ini juga memperoleh pendapatan sampingan sebanyak RM51 juta dengan menjadi model iklan beberapa syarikat, termasuk L’Oreal dan Giorgio Armani.

Bagaimana mereka membelanjakannya: Bercuti — belayar di St Tropez, St Barts dan berbelanja.

Tahun lalu, Beyonce menceritakan bagaimana dia berbelanja di Harrods, London.

“Saya tiada masa mencuba barangan yang saya beli. Saya beli apa saja yang saya suka dan menghantarnya ke hotel saya.”Pada 2006, Jay-Z dilapor membelikan Beyonce sebuah Rolls Royce bernilai RM3.2 juta.

full story



kaya giler diorg ni. duit berjuta2. duit aku beribu2 pun xde. huhuhu.. bile agaknya nk merasa macam diorg. dalam mimpi pun xleh agaknya....


1 comments on "Banyaknya duit..."

kirana on May 22, 2008 at 11:52 AM said...

tak per la..duit byk pon bukan leh bwk mati :P

 

MySelf MyView Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal