Monday, June 23, 2008

minggu membaca

Posted by NaZa at 1:17 PM 3 comments
setelah terpengaruh baca entry si iszan ni aku pun telah mengorder buku cite gak dr ebay... mmg dh lama nk beli.. tp dok pk mahal murah - mahal murah, so xterbeli. dok pinjam org je. pinjam opismate.. malu la plak kan asyik nk meminjam.. so beli la sendiri... tadaaaa.....


saya mmg suka baca buku.. ekekek... so smlm telah abih kan yg 1st tu.. pg tadi tido kul 3.. waa.. bgn pagi manyak susah ooo... yg 2nd tu dh half way. xsabo nk abihkan n nak order yg baru. yeye...

smlm lepas breakfast n basuh kete singgah kt stadium bukit jalil ada drift kete.. layan jela video ni.. dr camera phone je. so xclear sgt..


zoo negara

Posted by NaZa at 12:41 PM 0 comments
akhirnya sampai gak hajat aku nk bawak fakhry pi zoo. asyik tertangguh2. excited tul dia, tp bukan ngn binatang2 tu.. ngn org yg ramai.. si fakhry ni bukan leh tgk budak2 ramai. suka sgt.. abih seme dia tego.. ramai bebudak sekolah wat rombongan. memula dia suka la tgk binatang2.. lama2 maybe dh penat, pandang pun x... tiket rm15/person. dh naik tu. dulu aku pi rm10 je.. aku tgk haiwan2 nya pun kurus macam xcukup makan je. layan gambo jela....

Friday, June 20, 2008

histeria

Posted by NaZa at 1:44 PM 0 comments
Dirasuk makhluk bermata merah

CHERAS: Sebuah sekolah menengah berasrama penuh di sini `huru-hara’ selepas hampir 30 pelajar lelaki dan perempuan diserang histeria apabila tiba-tiba meracau, menjerit serta melukakan diri sendiri dipercayai dirasuk makhluk halus.
Serangan histeria itu dikatakan bermula Isnin lalu apabila seorang pelajar lelaki tingkatan lima di Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras, tidak sedarkan diri dan rebah tanpa diketahui puncanya.
Kejadian itu berjangkit kepada beberapa pelajar lain menyebabkan sesi pembelajaran terganggu.
Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd, 14, berkata sebaik kejadian itu berlaku, beberapa lagi insiden aneh menyusul dan menyerang pelajar lain.
more

pagi td mmbr aku fwd news ni. teringat masa dulu2 kt sek ni gak la.. ada kes cam ni.... masa aku F1, ada one boy ni kena, bgn tido kt dorm, tetiba bawak kayu hoki mengejar bebudak lelaki.. pastu tetiba pengsan. bile bgn cite ternampak lembaga cam samurai.. rentetan dr kes tu... dia slalu kena rasuk... ada skali tu malam.. tgh prep, dh la kelas kitorg isolate dr yg lain... tetiba dengo bunyi jeritan n budak tu nk pi terjun ke kolam dekat ngn blok kitorg... apa lg semenya bgn serentak n abih tunggang langgang meja.. n bebudak lelaki sibuk nk kunci pintu takut2 budak tu nk masuk kelas kitorg. ekeke... klu ingat balik cam kelako je.. ada skali tu dia bawak gunting tu.. tu yg takut kot tetiba dia tikam org, nyanye je... n slalu budak tu nk pi kolam tu. kolam tu actually ada pokok buluh kt tepi tu.. maybe ada something there. but masa aku f5 kot, dh ditebang pokok tu...

yang 2nd kes masa aku form 3. masa ni junior aku yg kena. girl.. budak f1. bilik dia atas kitorg. masa tu malam, aku tgh basuh baju. tetiba dengo budak pompuan menjerit. ingatkan, budak gatal mana la yg menjerit tu.. kire steady la.. basuh baju, sidai. skali naik bilik, bebudak ni kecoh. aku yg xtergolong dlm org2 yg berilmu ni, xnak la offer diri memegang budak tu. ekekek.. ada gak yg terasuk skali, jenis yg lemah semangat la.. so mlm tu terpaksa la tido share ngn adik2 junior. diorg takut. yg jadi mangsa aku xleh tido, bukan sebab takut, sbb panas yg amat, yela tido berhimpit kan. so esok paginya, ustaz dok kata, bagus gak histeria ni. sbb masa ni la bebudak pompuan memeriahkan surau. ekekke.. yela, masa ni la nk baca yasin ramai2 sampai berpegang tangan yg menggigil. ekekek... kes ni lama gak la nk settle.. sampai panggil ustaz suh pulihkan. benda yg menumpang kt budak pompuan tu asalnya dok kt hutan simpan sekolah kitorg. ada dua ke 3 tah... mak ngn anak.. hhuh

sepanjang tahun aku kt situ, mesti ada kes tiap2 tahun, tp 2 cite ni la yg kire beso sket issue, sampai panggil org luar mintak tolong. yg lain2 kes yg melibatkan org bukan makhluk halus..
- ada bebudak pompuan buat2 terasuk sbb xsiap keje sekolah la, takut ngn senior la.. yg ni mengada2...
- kes budak sekolah teknik sblh asrama kitorg masuk asrama kitorg (sib baik xmasuk dorm aku),
- kes lembaga masuk asrama kitorg curi duit, tarik kaki mmbr aku (sampai sudah xtau sape),
- kes budak lelaki sekolah aku masuk dorm aku. dia pi pegang peha mmbr aku bawah katil aku. waa.. sib baik -bukan aku dok katil tu. sbb b4 tu aku dok berebut nk katil bawah ngn dia. (budak laki2 tu dh kena buang sekolah, sib baik mmbr aku kenal, n dia wat kes camni gak kt sekolah baru dia. konon nk test ilmu persilatan.)

sib baik dalam seme kes bukan aku yg kena rasuk. ekekekke, nauzubillah.. jauhkan la...

Tuesday, June 17, 2008

durian n 10months..

Posted by NaZa at 10:51 AM 5 comments
smlm aku pose.. yeye.. tinggal 20 hr lg. bile pose mesti mengidam nk makan mcm2. ekek.. so ptg smlm msg abg.. nk mkn durian. abg ckp klu jumpa dia beli... balik umah aku panaskan tomyam semalam, n goreng ayam je. pastu wat cucur udang.. teringin lama dh nk mkn cucur udang. ni style cekodok la.. ekekek.. xmengembang sbb xletak serbuk penaik kan.. boleh la.. hilangkan mengidam pose aku ni.. bukan pregnant yek. jgn nk wat spekulasi plak.. :p
dlm kul 7.30 abg balik bawak durian. 2 biji je... tp okla.. tq abg sbb memenuhi kemahuan isterimu ini. masa aku kopek durian, fakhry tgh tido. pastu tetiba bgn. huhuh.. datang plak mengaco.. aku bior je dia pegang, sekali. waaaaa.... nangis... akakak.. kan mama dh ckp jgn pegang, tajam duri tu.. aku makan dia tgk je. ekeke.. mana leh makan. nnt panas badan dia. kasi dia rasa sket je... bile aku bawak durian tu kt dia.. nangis, cepat2 nak bangun. hahahah.. tau takut... sakit la tu.. ekkeke
fakhry skang dh 10months,
  • -dah bleh merangkak, tp still malas.. lebih laju kalu gerak yg cam askor kot..
  • -memanjat,
  • -bleh berjalan klu berpaut kt sofa,
  • -kerap minum susu, kena tuko pampers dia slalu, sbb naik ruam kt pipit dia. huhuh
  • -membebel bahasa dia,
  • -bile kite panggil nama dia, dia akan berpaling, dh tau nama dia la ni...
  • -klu nk pi mana2 area dlm umah yg mama dia xbg, dia akan pusing kepala tgk mama&papa, nk tgk line clear ke x. klu xclear dia baring2 dulu, klu ok dia zoommmm.. laju je gerak cam askar. huhuh
  • -klu tido mesti nk ngn mama dia ni, kepala kt ketiak, perut, lengan, kaki, seme ada, sampai la dia dpt tpt yg strategik baru leh tido...
  • -dah start tunjukkan memek muka nangis bile mama&papa nk pi keje n tinggalkan dia kt umah bbstr.
  • -dan lain2 lg la.. dah panjang akal sket fakhry skang..
ada cam muka papa dia x? gambo masa diorg tido. ada yg full. tp papa dia seksi. ekekek.. tp gaya tido mmg sebijik ngn kedudukan tgn, kaki, sengetnya. huhuh

Sunday, June 15, 2008

Selamat Hari Bapa

Posted by NaZa at 9:54 PM 4 comments
Sempena hari bapa ni.. nk wish selamat Hari Bapa kt abah kt kg. walaupun dia xbaca blog ni. ekkek... tp aku dh call td... terima kasih kena menjaga aku sampai besar ni.. beri ilmu dunia dan akhirat.. abah aku rajin.. slalu tolong mak kt dapur, basuh baju, masak.. masak jarang la.. tp skali masak sedap je rasa wpun masak sempoi... tp abah rajin siang2 ikan, ayam.... slalu lelaki, pulak2 dok kampung kan.. keje dapur mmg pompuan je buat, lelaki keje aje.. order makan minum. tp abah lain.. semoga panjang umur hendaknya n jauh dari segala penyakit...

and also buat asben tercinta. Happy Fathers Day.... thanks 4 being good husband to me... n good father to our son. thanks sbb slalu tolong wife dia ni, tolong tuko diapers fakhry, watkan susu, mandikan dia.. bile fakhry terjaga tgh malam, tolong bagikan susu.. just bagi kad je kt abg... n blanje makan kt kenny rogers...

Friday, June 13, 2008

xde tajuk...

Posted by NaZa at 11:07 AM 1 comments
abih dah training... yeye.... mkn lunch sedap.. tp masa tea break.. huhh.. xbest langsung.. biskut aje.. + air wat sendiri... hari2 tanpa internet, mmg xde makna. ekekke... xleh tau perkembangan semasa tul masa training... malam td check emel, website, blog seme.. terjumpa la benda ni... 20 cara jimat minyak kete... kan skang ni minyak dh naik.. so kena la cari jalan nk save minyak. tp bleh la nk apply seme tu... xleh la bwk kete lebih 100km/j...

"Satu sumber memberitahu saya bahawa selepas Olympic Games di China, ekonomi dunia akan terjun menjunam. Sebuah negara Barat pula menjangkakan Malaysia akan mengalami krisis ekonomi yang paling teruk mulai September 2008."

betul ke x yek... takut la plak... dgn minyak naik, brg naik. gaji xnaik2. bleh x survive.. project2 gomen skang hold... nk jimat cost.. nnt company baru abg bleh xsurvive yek... mm.. my asben baru start keje tpt baru this week. isnin start.. dia tgh pening2, sbb kena blajo cara coding baru... kire 2/3 bulan ni kena la bawak balik keje kt umah.... keje2 part time ni kena hold la sekejap. yela.. nnt yg dikendong xdpt, yg dikejar keciciran..

last week PIL dtg umah.. xde la bwk jln2 sgt.. sbb aku kan keje.. ingatkan nak bwk la pi ikea ke, jln tar ke... tp xsempat la... diorg dok jaga anak aku jela. hihih... tp after wedding kt kajang, singgah sat jusco balakong.. sempat la menghabiskan duit MIL aku... goda2 dia suh beli bag, kasut, baju. ekkeke.. ala.. dia pakai bukan simpan.. xkisah la kan... ahad tu diorg dh balik.. isnin keje+sekolah kan...

ahad ptg pi tu umah mmbr abg kt USJ 3.. tgk baby diorg. asyik tertangguh je.. dah 2bulan... tembam+semangat baby.. asyik tido je.. sbb malam xtido tgk bola ngn daddy dia... xdela plak gambo close up.. yg ada gambo kitorg ramai2.. wife dia, Mas, masak tomyam +sup.. sedap... lain kali leh la dtg makan lg. ekekke

yg kiri sekali tu xkawin lg. baju pink tu awek dia.. yeke? sbb dlm frenster lain plak awek dia.. dia sorg jela kire geng abg xkawin lg.. tah bile nak kawin...nampak xfakhry mcm nak nangis? aku pgg dia, sebab dia nk pi cuit baby tu. huhuuh...

xtau nk letak tajuk apa.. apa2 jela yek...

Tuesday, June 10, 2008

training

Posted by NaZa at 8:13 AM 0 comments
aku ada training minggu ni kt kelana jaya... yg xbestnya kt situ diorg off kan internet.. xleh nak nk buang2 masa sket.. ekekke.. baca n blogging malam2 la. kena berebut ngn asben. huhu

Thursday, June 5, 2008

minyak..minyak..minyak...

Posted by NaZa at 9:59 AM 2 comments
minyak naik lg. 78 sen tu.. almost 40%.. giler.. dulu ada org tu ckp xkan naik.. janji2 palsu semenye.. mana pi budak yg saman k'jaan sngor, kata diorg xtunaikan janji. skang saman la org tu plak sbb xtunaikan janji gak... ni aku paste apa yg org tu cakap. yg sorang lagi tu ckp nak naikkan bulan ogos.. tp tetiba sertamerta.. menipu lg.. apa ni islam hadhari... agaknya dlm islam hadhari diorg ni, dibolehkan menipu kot...

Najib Sangkal Harga Minyak Naik Selepas Pilihan Raya
February 25, 2008 20:07 PM
KUALA LUMPUR, 25 Feb(Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyangkal andaian bahawa harga minyak akan dinaikkan selepas pilihan raya umum 8 Mac. "Tak, bukan semestinya bermakna harga akan naik," katanya semasa ditanya adakah akan berlaku kenaikan harga minyak selepas pilihan raya berikutan peningkatan subsidi minyak yang dibayar oleh kerajaan tahun lepas.Najib berkata demikian kepada pemberita selepas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melancarkan laporan kemajuan Barisan Nasional (BN) dan manifesto pilihan raya BN bertema "Selamat, Aman dan Makmur".Berucap pada majlis pelancaran itu, Abdullah, yang juga Menteri Kewangan berkata pada tahun 2007, kerajaan membayar RM43.4 bilion bagi subsidi, dengan RM35 bilion daripada jumlah itu diperuntukkan bagi subsidi minyak. -BERNAMA

aku tertanya2, walaupun negara kita mengimport minyak, kite still mengeksport/menjual minyak dengan harga jualan berdasarkan kadar harga semasa. keuntungan petronas berlipat ganda. petronas hak kerajaan mesia.. hak rakyat. Namun rahmat itu x dpt dirasai oleh rakyat tp terus dibebani kenaikan harga melampau. seme negara pengeluar minyak, harga minyak diorg below rm1/liter. kemana pi seme keuntungan yg diperolehi.. utk pembangunan.. yelah. nk membina WPI utk spore tu.. porah...penuh kocek masing2.. ada sape2 yg tau. nape keuntungan petronas tu xleh share ngn rakyat.. nape????

jgn la banding ngn thailand n spore. diorg dh tentu2 xde minyak. pastu, diorg xde segala maknenek tax.. kite beli kete ada duty excess, import la.. harga seme dh berganda. tol kurang kt thai. spore, public transport bagus. mesia? wpun aku berbangga jd rakyat mesia. tp aku xsuka org yg mentad*** mesia skang. aaaaarggggggghhhhhhhhhh..... seme nye nk mengkayakan kaum kerabat diorg. diorg bleh la seme elaun dpt. pi mana2 xde jammed. MIL aku ckp elaun diorg seme naik cuma xannounce je dlm tv.

aku xkisah sgt klu minyak je naik.. baru 2.70.. tp... rentetan dr kenaikan minyak tu yg xtahan... segala brg naik. gaji xnaik2 gak. abih tu camne nk berjimat. ni letrik plak naik. xkan nak pakai pelita plak.. asyik suruh rakyat ubah gaya hidup.. sama2 bantu kerajaan hadapi masalah kenaikan minyak. semenye rakyat. cubala menteri2 tu yg berubah. korbankan 20%, 30% gaji diorg. bleh ke?

panas2.. hari ni mmg panas, wat keje ngn hati yg membara..
SEMOGA ALLAH MENGURNIAKAN KEPADA KITA RAKYAT MALAYSIA INI PARA PEMIMPIN YANG SELAYAKNYA UNTUK MENTADBIR NEGARA INI, DAN SEMOGA PEMIMPIN YANG ZALIM DAN KHIANAT DIHAPUSKAN DARIPADA NEGARA KITA INI.

Wednesday, June 4, 2008

grrrrr..

Posted by NaZa at 2:19 PM 0 comments
hari ni tetiba rajin nk tuko layout blog ni.. pdhal ada keje menanti... shhh... jgn ckp ngn bos ambe buang masa. ekekek.. tp yg bengang nye.. b4 tuko tu aku dh save script template yg lama. so nnt xyah la nk nk edit2 lagi. tp rupanya aku tersave script layout yg baru daaa... dh aku kena edit semula seme skali. huhuuh.. hampagas tul.. nnt la kt umah klu rajin aku edit betul2 sket. tp this weekend xbleh la kot. my PIL dtg umah arini... this weekend ada wedding kt kajang.

Monday, June 2, 2008

Honda Stream For Sale. - SOLD

Posted by NaZa at 12:07 PM 1 comments
KENDERAAN: MPV
PEMBUAT: Honda
MODEL: Honda Stream 1.7 Auto
WARNA: Putih Mutiara
KEUPAYAAN ENJIN: 1700cc
BAHAN API: Petrol
TAHUN: 2003
KEADAAN: Baik
AKSESORI TAMBAHAN: Sport rim 18", Monitor LCD & CD player, tinted
HARGA: RM89,000.00 (Nego)

PENJUAL: Ahmad
NO TEL: 019 2460071
LOKASI: Kuala Terengganu, Terengganu.

MAKLUMAT TAMBAHAN: No. Plat WKX 4334

 

MySelf MyView Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal