Friday, June 20, 2008

histeria

Posted by NaZa at 1:44 PM
Dirasuk makhluk bermata merah

CHERAS: Sebuah sekolah menengah berasrama penuh di sini `huru-hara’ selepas hampir 30 pelajar lelaki dan perempuan diserang histeria apabila tiba-tiba meracau, menjerit serta melukakan diri sendiri dipercayai dirasuk makhluk halus.
Serangan histeria itu dikatakan bermula Isnin lalu apabila seorang pelajar lelaki tingkatan lima di Sekolah Menengah Sains Selangor, Cheras, tidak sedarkan diri dan rebah tanpa diketahui puncanya.
Kejadian itu berjangkit kepada beberapa pelajar lain menyebabkan sesi pembelajaran terganggu.
Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd, 14, berkata sebaik kejadian itu berlaku, beberapa lagi insiden aneh menyusul dan menyerang pelajar lain.
more

pagi td mmbr aku fwd news ni. teringat masa dulu2 kt sek ni gak la.. ada kes cam ni.... masa aku F1, ada one boy ni kena, bgn tido kt dorm, tetiba bawak kayu hoki mengejar bebudak lelaki.. pastu tetiba pengsan. bile bgn cite ternampak lembaga cam samurai.. rentetan dr kes tu... dia slalu kena rasuk... ada skali tu malam.. tgh prep, dh la kelas kitorg isolate dr yg lain... tetiba dengo bunyi jeritan n budak tu nk pi terjun ke kolam dekat ngn blok kitorg... apa lg semenya bgn serentak n abih tunggang langgang meja.. n bebudak lelaki sibuk nk kunci pintu takut2 budak tu nk masuk kelas kitorg. ekeke... klu ingat balik cam kelako je.. ada skali tu dia bawak gunting tu.. tu yg takut kot tetiba dia tikam org, nyanye je... n slalu budak tu nk pi kolam tu. kolam tu actually ada pokok buluh kt tepi tu.. maybe ada something there. but masa aku f5 kot, dh ditebang pokok tu...

yang 2nd kes masa aku form 3. masa ni junior aku yg kena. girl.. budak f1. bilik dia atas kitorg. masa tu malam, aku tgh basuh baju. tetiba dengo budak pompuan menjerit. ingatkan, budak gatal mana la yg menjerit tu.. kire steady la.. basuh baju, sidai. skali naik bilik, bebudak ni kecoh. aku yg xtergolong dlm org2 yg berilmu ni, xnak la offer diri memegang budak tu. ekekek.. ada gak yg terasuk skali, jenis yg lemah semangat la.. so mlm tu terpaksa la tido share ngn adik2 junior. diorg takut. yg jadi mangsa aku xleh tido, bukan sebab takut, sbb panas yg amat, yela tido berhimpit kan. so esok paginya, ustaz dok kata, bagus gak histeria ni. sbb masa ni la bebudak pompuan memeriahkan surau. ekekke.. yela, masa ni la nk baca yasin ramai2 sampai berpegang tangan yg menggigil. ekekek... kes ni lama gak la nk settle.. sampai panggil ustaz suh pulihkan. benda yg menumpang kt budak pompuan tu asalnya dok kt hutan simpan sekolah kitorg. ada dua ke 3 tah... mak ngn anak.. hhuh

sepanjang tahun aku kt situ, mesti ada kes tiap2 tahun, tp 2 cite ni la yg kire beso sket issue, sampai panggil org luar mintak tolong. yg lain2 kes yg melibatkan org bukan makhluk halus..
- ada bebudak pompuan buat2 terasuk sbb xsiap keje sekolah la, takut ngn senior la.. yg ni mengada2...
- kes budak sekolah teknik sblh asrama kitorg masuk asrama kitorg (sib baik xmasuk dorm aku),
- kes lembaga masuk asrama kitorg curi duit, tarik kaki mmbr aku (sampai sudah xtau sape),
- kes budak lelaki sekolah aku masuk dorm aku. dia pi pegang peha mmbr aku bawah katil aku. waa.. sib baik -bukan aku dok katil tu. sbb b4 tu aku dok berebut nk katil bawah ngn dia. (budak laki2 tu dh kena buang sekolah, sib baik mmbr aku kenal, n dia wat kes camni gak kt sekolah baru dia. konon nk test ilmu persilatan.)

sib baik dalam seme kes bukan aku yg kena rasuk. ekekekke, nauzubillah.. jauhkan la...

0 comments on "histeria"

 

MySelf MyView Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal