Friday, October 31, 2008

victoria secret + christian dior

Posted by NaZa at 11:51 AM 4 comments
perfume aku dah abih... slalu aku beli miniature je. klu beli yg beso lambat abih, nnt lambat gak beli baru. ekek.. aku suka perfume yg lembut2 + bau floral macam SF incanto, JLO, EL pleasure.
so kali ni aku try victoria secret. baca review org cam best. order kt ebay je...



VS pure seduction , VS love spell, CD dolce vita.


VS ni bau fruity sket.. hubby ckp macam nak makan, tp klu pakai xde cam gaya exec la. gitu la plak yek... satu lg aku beli CD dolce vita. hubby ckp x kuat sgt bau, tp bile aku pakai cam strong giler, kot la org lain sakit hidung ke.. pasni nk try perfume apa plak yek?

Thursday, October 30, 2008

budak yang baru pandai berjalan.

Posted by NaZa at 3:41 PM 3 comments
skang ni klu nak anto fakhry ke umah bbstr dia amik masa 1/2 jam baru sampai. padahal xde la jauh sgt. blok sebelah je. tp skang kan dia baru pandai jalan, nak jalan sendiri aje. aku pimpin pun xmoh... singgah depan umah org, pegang pokok, pegang palang kt corridor nak tgk bawah, lari2 dalam lif, tegur org, bubye org, berhenti sat kedai makcik jual nasi lemak, dapat sebiji kuih makcik tu bg. ish2.. byk tul persinggahan dia..
kkdg kasut dia tertinggal dlm kete, so kena la dokong dia bile nk pi umah bbstr sbb maleh la nk pi amik dlm kete.. dia punya meronta nak lepas.. uishhh.. sabo jela.. kkdg klu ptg, aku gi amik dulu, sbb papa dia balik lewat. so bile papa dia balik, bile dengo je grill buka, terus berkejo kt pintu. nak dukung, pastu terus tunjuk pintu nak kuar. huhuh.. pandai dah ni nk jalan manjang. macam2 karenah skang ni, sampaikan papa dia ckp, skang ni dah xbleh nk bawak pi shopping kompleks takut hilang...

Wednesday, October 29, 2008

cuti2 ke bukit tinggi

Posted by NaZa at 10:29 AM 5 comments
aku pi bukit tinggi kat pahang jer, bukan kt indon tu... hihih... plan nk pi sabtu, nk pi warehouse sale. ahad tu plak, ada open house umah x-boss my hubby n sepupu hubby, so pi ari isnin la.. pagi tu siap2 dlm kul 9 lebih, pi breakfast dulu kt bandar tun razak. pastu terus pi bukit tinggi. dlm 1jam sampai la.. kenderaan pun xde la byk sgt.. terus naik ke colmar tropika. kena bayo rm10/person. klu bebudak bawah 2thn xyah bayo..


video

dh posing2 kt colmar tropika tu, naik bas yg diorg sediakan, pi rabbit farm. yg ni, rm3/person. budak bwah 2thn xkena bayo gak. fakhry macam suka tgk rabbit tu, tp bile rabbit tu pi kt dia , terus bangun, takut. pegang pun xnak. tp masa kt donkey tu, seboleh2 nak pegang, aku plak tarik tgn dia takut kena gigit. kejap je kt situ... pastu tunggu bas nak naik semula kt colmar tropika.
muka merajuk lps kena marah ngn papa dia. nk jalan sendiri..

dah sampai colmar tropica tuko bas pi japanese village. nk pi tempat ni, jalan dia curam.. sib baik naik bas. klu kete. tekan minyak saje... masuk sini xyah bayo. cuma bile nak pakai2 kimono tu, kena la bayo rm20/person. tp aku malas la. ada sibudak kecik ni. masa kt sini mmg mencabar. fakhry asyik nk berjalan sendiri aje. dah la kt sini, berbukit, byk tangga. aku pegang marah... jatuh, dh byk kali, sib baik pakai suar tutup lutut dia, klu x, mesti dah luka.. naik bukit, ada hati nk jalan sendiri tu.. sampai nak tergolek kebelakang badan dia.. tp still xnak aku pimpin... sabo jela... nk masuk botanical garden.. turun ok la.. xpenat. tp bile pk balik nak naik semula, penat ooo... byk giler tangga...ngn nak dokong si fakhry lg.. my hubby mmg dah surrender.. padahal, aku yg byk pegang fakhry tu.. :p pulak tu, masa ni dh tghari. mmg tgh lapo + haus, lupa nk bawak mineral water...


kt blakang tu, bas yg kitorg naik tu..
tempat makan mmg ada, tp mahal tu.. air mineral water or coke rm4.50. giler mahal. belom tgk makanan lain. kitorg pi 3 tempat tu je la.. b4 balik kl, singgah umah sepupu hubby kt bentong. beraya + makan. hihih... lps maghrib baru bertolak ke KL. begitu la percutian express kitorg.

Tuesday, October 28, 2008

bookworm series 2..

Posted by NaZa at 11:30 AM 6 comments
last week pi MPH warehouse sale kt PJ. bgnn opposite dataran hamodal. rambang mata nk pilih, rasa nak amik seme. ekek. cam la kaya sgt kan. orang xde la ramai sgt. tpt pun xbape panas sbb ada kipas. aku pi dlm kul 9.30, memula my hubby drop je kt gate, aku masuk sendiri. dia jaga fakhry dalam kete sbb malas nak suh dia masuk, takut berabuk ke.. ramai org ke.. bile aku tgk xramai sgt, aku call la, ckp klu ada parking masuk dalam. tgh aku tgk2 buku, dengo la suara anak bujang aku tu... sibuk nak turun gak, nk pegang seme buku2 tu.. sabo jela..

dictionary tu rm27 + rm5, xml tu rm14.

yg ni rm20, yg meg cabot tu rm30 sbb hard cover. byk sebenonya buku cerita yg nk dibeli. tp budget xleh lebih rm200, pulak tu my hubby nyibuk nk beli buku dia.. :p so sket jela yg beli pun.

buku utk fakhry. tgn dia pun interframe skali dlm gambo. hihi. yg beso tu rm14 satu, yg kecik rm6. xtau la murah ke mahal.

motif gambo ni? hihih. ni free gift utk sesape beli lebih rm150. n satu lg dia bagi cd lagu okestra.

aku dh dok survey2 buku dlm ebay. nk beli lg. tp tgk la bulan depan ke. mana leh beli byk2 kan.. over budget.. :) buku cite kt atas tu pun dh 3 aku baca. tido malam kul 3 lebih. ekek. sanggup tahan mata nk perabih.

Friday, October 24, 2008

planning cuti..

Posted by NaZa at 1:42 PM 4 comments
weken ni kire cuti panjang la sket kan. 3hari cuti. plan dlm otak dah menimbun. tah jd ke x, xtau la kan. nk kena attend open house, umah sedara xpi beraya lg. mmm.. warehouse sale pun menimbun. (bahaya ni) tp aku cam nk pi MPH warehouse sale la. baca feedback org lain. murah giler buku seme. aku mmg suka baca buku. tp buku cite je. ekeke.. buku lain, liat la sket. slalunya buku tu yg akan baca aku. muahahaha..

skang ni tgh nak plan cuti utk bulan 11.. my PIL kan nak pi menunaikan haji. jangkanya 13/11 ni, jatuh pada hari khamis. naik kt airport tganu. klu klia senang la sket. xkan aku nk cuti, lgpun masa tu dekat ngn dateline project department aku. maybe kitorg balik weken b4 tu kot. hadiah pun xbeli lg. slalunya org nk pi haji, nak bagi apa yek? telekung? kain pelikat? sure dah byk diorg dapat. satu hal lg, insyaAllah penerbangan pulang ke mesia 27/12. tarikh tu gak dekat ngn dateline project satu lg.. uisshhh.. camne nie. tp tu lambat lg, blakang cite. xyah pk la..

Thursday, October 23, 2008

hati ini telah dilukai..

Posted by NaZa at 1:03 PM 2 comments
wahhh.. tajuk xhingat.... macam tajuk lagu kris dayanti
xde mood nak blogging. huuhuhu..
biasalah, sedangkan lidah lg tergigit, inikan pula suami isteri... (baca ala2 lagu P.Ramlee yek) hihih

layan jela video fakhry main hair dryer aku...siap kuar kan bunyi konon2 bunyi mende tu.. ekeke
video

Tuesday, October 21, 2008

makan-makan

Posted by NaZa at 4:40 PM 8 comments
Ahad tu bgn pagi awal gak la. kawan2 my hubby bgtau nk datang umah. so pung-pang pung-pang kt dapur ni la hasilnya

soto nasi + mihun goreng. tu je la yg aku reti wat. nk suh masak nasi2 ni, cam fail. sbb xpernah try kan. hihi. pastu malam b4 tu aku dah wat siap2 puding laici as a desert. cari buah xde plak yg menarik kt supermarket. alang2 masak, aku masak la lebih sket, abg ajak mmbr schoolmate dia ngn sepupu dia skali. tp ini bukan open house yek. cuma makan2 saje. hihihih.. sedap ke x blakang cite. muahahhaha..

ni la rumah sewaku yg kecik je... xleh nak jemput ramai2. hihih

Monday, October 20, 2008

separuh hari di opis papa

Posted by NaZa at 4:00 PM 1 comments
last friday kan, my hubby jaga fakhry sbb bbstr mc. tersangat la baik si fakhry. ekekek.. sampai je opis, xmoh jalan, nk berdokong ngn papa dia. makan roti utk breakfast pun xnak. sian papa xleh nk breakfast sbb takut fakhry ngamuk kt kedai. selepas pelbagai usaha dibuat, last2 tido gak si fakhry. rasanya dia xpuas tido, sbb aku kejut dia bgn pg tu...
takut si fakhry jatuh sbb tido kt sofa je kan. papa dia dok la wat keje tepi tu.. dlm sejam lebih tido, dia bgn. bile buka mata nampak laptop depan mata, apa lg, diterjah la.. dok main tekan2 laptop papa. ekekke. sib baik la dia xkaco sgt barang2 kt opis tu.. good boy... lain kali leh la papa bwk fakhry pi opis yek, klu bbstr mc. :)

mengemas rumah

Posted by NaZa at 12:32 PM 1 comments
untung dapat mr hubby yg rajin. ekeke.. sabtu pagi tu, aku masih tido lg, hubby dok mengemas umah, susun2 perabot, sapu sampah seme. sampah je, menimbun.. haha.. tah bape kurun xkemas umah yek. si fakhry pun menolong sekali la, kite lap meja, dia nk lap skali, hubby sapu sampah, dia pi dok atas lantai. papa dia dh bape kali hilang sabo. hahaha.. sanggup tahan mata x tido. selalunya kul 10-11 tu dia tido semula.

kul 12 stop mengemas sbb nk pi open house umah bbstr fakhry. dia wat majlis doa selamat skali. kul 2 tu balik umah, baringkan fakhry atas katil, terus tertido dia. penat sgt la tu. asben sambung kemas umah semula la... dlm kul 4 dia bangun, siap2 pi umah sedara asben kt kajang. pi beraya. nk pi umah makcik aku, dia xde umah plak. rugi plak dtg sabtu sbb esoknya dia nk wat open house, menu nasi dagang.... tp malas la nk dtg lagi.. penat..

lps maghrib, balik umah singgah tesco kajang. beli barang sket nk masak-masak ahadnya.. mmm, x-opismate hubby nk datang umah. so kena la masak2 sket kan. nak hidangkan kuih raya, mmg xde la kt umah tu. klu hidang air je, kang dikata pemalas plak. hihihi .. nak beli nasi himpit segera tu. dah abih.. xkan la aku nak nganyam ketupat plak kan. huhuh. tgk jam dah kul 10 lebih... last2 ckp ngn hubby singgah giant kinrara la, sbb tutup kul 11. sib baik sempat. bleh la beli barang apa yg xcukup.

Friday, October 17, 2008

bbstr MC

Posted by NaZa at 9:02 AM 3 comments
tgh aku dok bersiap2 nk pi keje pg tadi. tetiba henpon hubby bunyi... tgh dia dok cakap2, dia tunjuk2 ke fakhry. masa tu fakhry tido lg... ingatkan dpt call dr boss dia. tetiba dia ckp "kak ana demam, xleh nak jaga fakhry" huhu. bbstr fakhry demam la plak, lenguh badan... abih seme dia call suh amik anak memasing...

dok berdiscuss 1minit ngn hubby, result: dia jaga pagi aku jaga petang. malas la nak amik EL fullday. sayang cuti wooo... walaupun cuti aku byk lg. ekek.. tp Mr hubby kena gak pi opis sbb ada org nak pasang lampu kt opis dia.. so kejutkan fakhry, mandikan dia. sian dia sejuk mandi pagi2. selalu lewat sket bbstr dia mandikan.. sedia2kan barang, anto aku pi keje, so fakhry kena la ikut papa dia pi opis. abih la tunggang langgang opis papa nnt. hahah.. sib baik bos dia pi meeting, org lain ada training. hopefully, anak bujang mama ni xwat hal..

Thursday, October 16, 2008

rumahku syurgaku

Posted by NaZa at 11:32 AM 2 comments
sungguh la jeles bile si kirana ni bercerita pasal renovation umah dia. huhu. ai pun beli umah gak tp umah atas langit je. kecik aje. td call kali ke-2 tanya bile penyerahan kunci. umah tu tgk dah siap, diorg ckp dlm process nk dapat CF. maybe bulan depan dapat kunci kot. diorg tgh settlekan surat2 seme. bulan depan tu xsure la awal ke, tgh or akhir bulan. tunggu jela. huhu..

dulu rajin gak survey2 kitchen cabinet, hob, seme2 tula.. tp bile dh lama sgt. maleh la.. tunggu dpt kunci dulu baru pk. tp rasanya awal bulan november ni ada home fair (eh betul ke nama event ni). so nnt leh la survey kot dpt murah.

gambar rumah? xyah la.. sama je macam apartment yg ada kt kl ni.. gitu la, xde yg menarik.. :p

Wednesday, October 15, 2008

mee maggi

Posted by NaZa at 10:00 AM 2 comments
minyak dah turun 15sen semalam so skang rm2.30/liter. suppose dh leh dpt 1.92/liter... tp biasa la. bile naik byk xpe. bile turun kena la ciput2. chittt...

kelmarin aku pi beli barang dapur kt tesco. actually nk beli brg fakhry, pampers n susu dia.. tu je dh rm150. huhu.. aku cari yg paling murah susu n pampers dia ni...pastu beli maggi utk spare klu xde makanan kt umah. hihih. dulu rasanya satu paket rm2.50. skang ni dah naik harga rupanya.. rm3.99. fuhhh.. maggi pun dah mahal yek skang. dulu tu la makanan paling menjimatkan diwaktu belajo..

minyak turun, brg xde la plak turun kan? rasanya harga beras dunia pun dh turun skang kan...

Tuesday, October 14, 2008

quit

Posted by NaZa at 4:00 PM 4 comments
ramai mmbr se opis aku yg dulu masuk sebatch la kirenya dh tuko keje tempat lain. slalunya klu nk carik keje yg macam kt tpt keje skang ni, Penang la jawabnya... untuk orang2 bujang mungkin ok. tp org yg cam aku ni, yg dh kawin n ada anak, cam susah je.. nk suh asben carik keje lain plak.. so end up aku masih di sini...

kenapa ramai yg berenti? mm... biasalah. masalah dalaman opis. mana leh cite. nnt aku di-ISA kan plak. ekekke. tp asben aku ckp, leh je report BPR, xde bukti xpe. just report, nnt pandai2 la diorg siasat. tp berani ke aku. ekekke.. abaikan la soklan tu.. org jahat balasan jahat.. hihih.. xkemana harta yg xdiberkati kan...

kenapa aku cite pasal ni yek? mmm.. sbb ada opismate aku sorang lg akan mengikuti jejak langkah yg lain2... mm... sedih gak, yela.. dh lama kenal, dh keje sesama. tetiba pi keje tpt lain kan.. for sure pasni mmg susah nk jumpa lg. memasing dh ada jalan hidup sendiri.. anyway good luck la pada mereka2 semua...

luka

Posted by NaZa at 1:00 PM 1 comments
smlm lps keje hubby yg amik fakhry, aku pi simpan brg sbb nk pi tesco pastu. bile turun bawah, abg terus ckp, " dahi fakhry luka, jatuh"

berbirat dahi dia kan.. jatuh kt atas tikar buluh tu.. dia pi panjat bbstr. ni kali ke dua dia jatuh kt umah bbstr. memula rasa semacam gak. tp xkan nk marah kan, mmg si fakhry ni lasak.

smlm badan dia dedar2 (camni ke ejaannye. hih) sket. dok cari ubat sumbat tu tah mana pi.. bg yg syrup. dia bangun kul 3pg. bising2 mulut ngaco aku tido... dah la masa tu nampak papa dia tido kt luar, nk kuar plak. ish.. kul 4.30 gak la dia tido semula.. tu pun abih pusing katil sbb badan xsedap kan.. merengek je pastu.. sib baik bgn pagi td badan dia sedap sket rasa.. maybe beralih bulan kot. sebab esok dia genap 1year and 2months old....

open house

Posted by NaZa at 8:00 AM 0 comments
bile raya je mesti byk org wat open house kan... aku??? xde la.. ekke. umah sy kocik jo.. xmampu nk menampung org yg ramai. lgpun, klu aku wat ada ke org nk datang.. ekekek

sabtu baru ni last day training kt shah alam. sampai umah kul 3.30.. my hubby dh siap2kan si putera kesayangan, terus pi subang usj. lebat giler hujan, kt kesas highway putih je.. ramai yg berenti kete tepi jalan sbb takut nk drive dlm hujan. tp kitorg teruskan je. lgpun adik ipar yg drive. sampai umah makcik my hubby, kuar kete, paras tumit air. huhu. sib baik aku pakai sandal je, klu kasut, harusla basah... makan2 borak2,

kul 5.30 pi taman equine plak, bday party anak mmbr hubby, + open house keluarga dia skali.... maghrib tu balik umah. fakhry yg kepenatan tido la apa lg..... lps isyak dia jaga, kitorg pi shah alam plak umah pak sedara hubby. tgk sepupu dia yg baru deliver baby. tp baby dh 1month pun. hihi. sambil2 beraya kan... sungguh padat hari sabtu tu...

seme open house berkaitan ngn hubby je. korang2 ni xnak wat open house ke? jemput la aku. ekekek

Monday, October 13, 2008

laksa shack

Posted by NaZa at 4:00 PM 2 comments
ari ahad tu, pi anto barang adik ipar kt hotel diorg dok tu.. oleh sbb jusco maluri tu sebelah je kan.. so singgah la sat.. byk brg yg berkenan nak beli, tp kekangan duit... hihi... so window shopping jela..

ternampak plak laksa shack.. lama dh teringin nk makan sini.. nk try je laksa kt situ sedap ke x..

sirap bandung cincau utk aku, n teh tarik utk abg

asam laksa + otak2 - rasa? ok la.. tp sedap lg laksa yg aku beli kt pasar tani bandar kinrara..

nasi beriyani ayam masak merah. - ayam masak merah tu sedap la..

mamat ni xorder apa2 tp share makan ngn papa dia la..

overall ok la.. cuma xdpt menikmati dgn sepenuhnya sbb si kecik itu buat perangai.. nk mengetuk2 pinggan yg kitorg makan ngn sudu. sabo jela. pastu bile turunkan ke lantai, tah mana2 dia nak pi. menonong je..

wedding reception

Posted by NaZa at 1:01 PM 4 comments
mlm td kitorg pi majlis perkahwinan sedara belah my hubby kt menara yayasan tun razak. masa ni la nk melaram baju raya kan. klu x, terperuk jela baju raya dlm almari. nk pakai pi keje kang glamer sgt la plak. aku xpernah la nk pakai baju kebaya pi keje. slalunya baju kurung je...so kebaya2 ni masa ada event2 kt luar jela..


pengantin baru.. jauh sgt la plak, muka xbape clear.


semakin membesar si fakhry ni, semakin lasak. mmg xleh nk bawak pi majlis. tp klu x bawak, sape plak nak jaga kan... aku pi carik meja paling hujung skali. jauh dr pelamin. tp last2 paling dekat ngn meja makan beradap.. huhu.. jenuh nak mengejo fakhry berjalan, yela. budak baru dpt kaki, bile aku dokong, marah plak. org lain nk pegang xnak plak dia..


with my son n hubby. lupa nk amik gambo b4 majlis start. ni gambo slps seme dh selesai.. so tudung seme dh lari dr asal selepas di tarik2 oleh si anak kecil.. biasala, bile dh ada anak ni, nk melaram pun xleh. huhuh.. muka aku pun dh semacam je.. :(


majlis abih kul 10.30mlm, kitorg singgah dulu apartment tpt sedara2 my hubby stay malam tu. sri cempaka suite, sebelah menara pgrm n jusco maluri. lepak2 sat, si fakhry main x hingat... kul 1pg aku sampai umah. dlm kete dia dh tido.. aku letak atas katil pun xbangun2. letih sgt la tu.. nk ajak diorg tido umah aku, segan la plak kan.. umah kecik.. hihih

p/s mmmm. malam td sharifah shawati pun ada datang. yg bekas pengacara tv3 tu.. dia tu ada gak la bau2 bacang sama ngn my hubby.. ramai gak pelakon2 yg ada bau2 bacang ngn my hubby like ahmad idham, sofea jane, dll.. tp sedara jauh la.. dh namanya bau2 bacang kan... :) ni mengikut kata hubby, klu dia tipu, tipu la. ekekekke

Wednesday, October 8, 2008

jelesnya dia.....

Posted by NaZa at 2:45 PM 0 comments
kelmarin, lepas amik fakhry, aku borak2 sat ngn bbstr sambil tu dokong si fakhry tu. tgh2 berborak.. tetiba si fakhry tarik pipi aku kiss pipi, pastu tarik kanan, kiss sblh kanan plak. so sweeettt... hiihi.. malam tu plak tgh berborak ngn hubby, fakhry dok tgh2.. tetiba dia kiss pipi aku gak. hihih... my hubby.. soooo jelesssssssss.... hhaha.. dah la b4 tu aku cite psl kt umah bbstr tu. hihiihih..

b4 ni pun slalu fakhry kiss pipi aku.. pipi papa dia? nooooooo, nan ado.. akakkakak.. mmg xpernah. bile sua je pipi ke fakhry, kkdg dia lompang pipi papa dia adalah. akakakkak.. mesti fakhry syg mama dia lebih dr papa dia.. muahahhahaha (kuar tanduk jahat sket)

Tuesday, October 7, 2008

out of office

Posted by NaZa at 9:36 PM 0 comments
this week aku ada training kt shah alam.. start selasa sampai la sabtu. suppose start isnin. tp ada la plak yg br balik raya ari isnin kan... so terpaksa la kena pi training gak ari sabtu tu.. tp hopefully abih half day je. sbb ptg tu kena attend buzzday party anak mmbr asben..

so bleh baca blog org2 lain malam jela.. kt situ ada gak internet tp kena tapis2... lgpun training kan.. klu surfing keje xjalan la plak....

Monday, October 6, 2008

siannya..

Posted by NaZa at 3:00 PM 2 comments
dalam pada family aku bergembira menyambut hari raya.. ada gak org yg xgembira, gundah gulana.. sape tu yek. ekkeke .. cuba korang perati gambo raya family aku.. ada x yg xkena.

mmm.... sian asben aku pakai baju raya, lengan ngn baju 'senteng' dlm erti kata lain singkat. tah camne tukang jahit tu ukur.. tula nak murah sgt.. rm50 upah + rm30 sulam.. b4 ni abah aku upah jahit ngn tailor ni gak ok je.. tp abah aku bagi baju contoh skali.. upah baju fakhry just rm15 je. sib baik baju fakhry ok je..

tahan telinga aku dengo my hubby membebel. masa nk pakai solat raya pun membebel. ekeke. sian je. baju tu mmg kena pakai ngn sampin nk cover senteng tu.. siap kocek pun nampak klu pakai sampin. punya la singkat. ke sebab pembesaran perut kehadapan. ahhahaha. tp mmg xpuashati tul la.. beli kain mahal2 jadi camni lak. pasni jadi pekasam baju tu.. nak pakai senteng.. ni yg tahun depan rasa nk beli yg siap je utk cik abang ni. leceh2.

Aidilfitri 2008

Posted by NaZa at 10:14 AM 1 comments
selamat berkerja semula. tp mood keje xsampai lg la.. dok baca blog2 org lain2. yela. 1week bercuti raya + xupdate blog. bukan xde internet kt kg nun.. cuma malas nk update. namanya cuti kan.. haruslah menggunakan cuti sepenuhnya. hihi

so utk 1st entry raya haruslah letak gambo raya kan. thn ni beraya di kg aku. so gambo family aku jela yg ada. tp gambo xbape berquality.. guna hp adik aku. slalu gambo aku amik cantik je wpun 3MP. hp dia 5MP tau.. xcanggih lgsg hp adik aku tu. ahhah

with my family.. not in the picture. my abg long n family. diorg raya kt kg akak ipar..

abah n mak

Fakhry Izzat with papa n mama... tema warna purple.. best raya thn ni sbb fakhry leh pakai baju raya.. cam comel je... lama gak dia pakai baju ni... xde la merengek nk suh tuko..yg xlengkap xde songkok... tp fakhry xleh pakai apa2 kt kepala dia.. sesaat dh dia cabut.

new comer in my family... Amiera Dania. baru 18hari masa ni... asyik nk susu + pangku dia. manja ni... gambo family abglong lupa nk amik masa pi raya umah mertua abglong aku ni...amik gambo baby je..

 

MySelf MyView Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal