Sunday, November 9, 2008

Ubat darah tinggi...

Posted by NaZa at 12:49 AM
tekanan darah mak aku xturun jugak. riso giler rasa.. takut jadi apa2 je.. nak balik, anak beranak xbape sihat. cuma doa dr jauh jela utk mak aku.. korang doakan la mak aku cepat sembuh yek.... tadi dok surf pasal darah tinggi, komplikasi jangka panjang bleh menyebabkan penyakit buah pinggang, strok, sakit jantung.. nauzubillah.. harap2 dijauhkan la. huhu

dok cari petua camne nak turunkan tekanan darah... maybe leh suh abah aku wat. sian abah aku, umah ngn hospital tu dlm 1/2jam gak la nk sampai.. tp nk pegi ulang alik penat gak. so dia pi pagi2 kul 8, nk dok hospital xleh gak sbb ada time melawat, so abah aku lepak la masjid nak isi masa terluang.... lps maghrib baru balik umah.. hhuhu.. sedih tul rasa..

Menurunkan Darah Tinggi
Ambil segenggam daun kucai,basuh bersih selepas itu masukkan kedalam mesin bersama dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan.Mesin sehingga lumat atau hancur ( jangan campur dengan air ) bagi mendapatkan patinya sahaja.Masukkan kedalam bekas mangkuk atau cawan,selepas itu embunkan sehingga pagi.Bila bangun pagi sebelum minum atau makan hendaklah diminum air pati daun kucai serta dengan selawat 3 kali.amalkan selama tiga hari,selepas itu jumpalah doktor untuk buat pengesahan.Insyaalah darah tinggi akan jadi normal.

Mengurangkan Masalah Darah Tinggi
Ambil pucuk betik jantan direbus dan dibuat kerabu ia juga bolih direbus dan dimakan bersama sambal belacan.Pahit sikit tapi baik untuk yang sakit darah tinggi.Insyaallah semoga ianya berjaya.


Darah Tinggi
Untuk cepat menurunkan darah tinggi ketika diserang darah tinggi.Pertama buat dua rakaat solat hajat mohon pada allah.Kedua ambil beberapa ulas bawang putih ,mesin jadikan jus dan ambil 6 titik jus tadi di masukkan kedalan segelas air dan di minum 3 kali sehari ,Insyaallah dengan izin Allah,selamat mencuba.


Turunkan darah Tinggi
Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita atau Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati atau Makanlah biji buah Peria atau Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam atau Minumlah air rebusan Pokok Dukung Anak atau Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya atau Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang atau Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya,bolehlah direbus atau Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.

Carrot + Apple + Pear + Mango
> Clear body heat, counteracts toxicity, decreased blood pressure
and fight oxidization.


YA ALLAH, sembuhkan la penyakit ibuku, berikan lah kesihatan yang baik kepada ibuku.. AMIN..

5 comments on "Ubat darah tinggi..."

Umie on November 9, 2008 at 1:25 AM said...

semoga ibu awak cepat2 sembuh..dalam hal nie mmg benar2 menuntut pengorbanan yg ikhlas..tepuk dada tanya iman mana 1 yg harus didahulukan...salam!!

NaZa on November 9, 2008 at 9:00 AM said...

thanks umie.. bile dah berkeluarga ni, kkdg serbasalah xtau mana nk didahulukan... mmm...

Mrs.R @ Emi on November 10, 2008 at 9:38 AM said...

mak akak kena betul tenangkan diri dia...
then, ubat darah tinggi kena mkn ikut arahan dr...jgn sesekali skip xtentu pasal....
akan meningkatkan risio strok..
nauzubillah

Asikin on May 24, 2009 at 4:36 PM said...

Pesakit darah tinggi juga boleh cuba menggatasi masaalah darah tinggi dengan pemakanan titisan mineral

shuk on June 15, 2009 at 11:03 PM said...

Semoga anda dapat jumpa ubat yang sesuai.

Yang penting jangan give-up

 

MySelf MyView Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal