Thursday, March 12, 2009

sirap dihasilkan dari semut?

Posted by NaZa at 2:34 PM
tadi masa lunch borak2 ngn opismate n terkeluar la isu seperti di atas... so aku pun wat la research. google seme... aku jumpa la kt sini

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1.saya pernah di beritahu jika kita telan semut dengan sengaja (walaupun seekor) , maka hati kita akan gelap selama 40 hari, dan mudah lupa atau seumpama dengannya. sebagai contoh kita telan semut yg ada dalam air minuman kita.ada hadis ke???

2.saya juga diberitahu bahawa ppim memberi pengunguman bahawa dalam sirap (tak tau jenama apa) terdapat kod E120 yg kononnya dari semut merah. apa pandangan panel al-ahkam tentang masalah ni.

saya copy dari satu forum :

APA ITU E120? KHABARNYA PEWARNA MERAH DALAM MAKANAN TERUTAMANYA SIRAP. APA AGAKNYA BAHANNYA YA?
COCHINEAL/CARMINE - E120,E122

Arrow A red dyestuff consisting of dried bodies of female cochineal insects. Note: E124 Ponceau 4R is acceptable although it is sometimes known as Cochineal Red A.

jawapan:

الجواب

aljawab:

1) Tak ada hadith dalam pengetahuan kami mengenai gelapnya hati jika makan semut. Cuma dalam hadith Ibn Abbas, diharamkan membunuh semut. (Bulughul Maram, hadith # 1350), sahih. Lagipun jika TERtelan, maka sudah tentu manusia tidak dikenakan sebarang hukum, jika dgn sengaja pulak makan semut, maka ini suatu yg pelik.

2) Kod E bermaksud Kesatuan negara Eropah atau EC dan ia adalah senarai pewarna dan penambah perisa yang diluluskan di Eropah dan standard yang juga diterima di dunia.

E120 = adalah pewarna makanan dan datang dari dua sumber: bahan kimia dan serangga terutamanya semut. Nama lain ialah Chochineal atau Asid Karminik

Hukum: jika di Malaysia, E120 hendaklah diluluskan oleh JAKIM, barulah ia disahkan halal. bagi madzhab Maliki, semut tidak mengapa. manakala madzhab Hanafi, E120 yg berasal dari semut juga halal kerana proses kimiawi menghasilkan pewarna itu telah menghapuskan zat asal kepada suatu bahan yang baru.

E122 = juga bahan pewarna. Nama komersil ialah Carmoisine atau Azorubin. Juga dihasilkan melalui proses kimia dan serangga. Hukumnya sama spt E120.

E 120/122 selalu digunakan dalam minuman sirap Ros.

E124 juga dalam kategori yg sama, dikenali dgn nama komersil Ponceau 4R atau Cohineal Red A. Banyak digunakan sbg pewarna mee.
(sumber: Panduan Halal & Haram CAP 2006)

Rumusan:

Memang benar 120/122/124 ada kemungkinan berasal dari serangga terutamanya semut (ants) dan hukum bagi yg bermadzhab syafi’iy adalah haram; makruh dalam madzhab maliki dan halal dalam madzhab Hanafi kerana proses penghasilannya telah melalui siri pemerosesan kimiawi yang merubah zat.

sekian

al-ahkam

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

so lepas ni nak minum ke sirap lagi? hihih.. tp tang haram tu musykil plak, sbb semut bukan haram dimakan kan... makhruh je.... "renung-renungkan dan selamat beramal".. hihih

0 comments on "sirap dihasilkan dari semut?"

 

MySelf MyView Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal