Tuesday, October 19, 2010

Sehari bersama Ultraman Mebius

Posted by NaZa at 9:21 AM 0 comments
Pagi - papa pi tukar timing belt. pastu biasa la, klu service je mesti la ada mende lain rosak gak. so kali ni water pump rosak. last2 xwat pun minor service.. total seme rm800. hohoho. terbang la duit... kul 12 lebih siap2 seme kuar. pi opis aku sat. nak tgk result run jumaat tu..

fakhry n naira yg dok berebut nak menekan keyboard.


settle seme keje, terus pi the mines. pi makan dulu sebab lapar... makan kat tepi air tu, setiap masa fakhry dok kata "nak naik kapal"

lepas makan, pi solat dulu. pastu ternampak exhibition ultraman ni. so terus la lupa fakhry dengan kapal. jimat duit. hihih. tp xde la jimat pun sbb kena pau beli cd plak. huhuh

byk tul patung menan ultraman ni.. sib baik tinggi xleh la nak merembat. hikhik..

sungguh la besar patung ni. memula fakhry takut nak dekat. tapi lepas ramai bebudak lain amik gambar baru la dia berani siap gaya seme...

si kecik ni pun excited. sebab bleh jalan dengan bebas.

ini adalah expression muka fakhry bile tetiba dia nampak ada ultraman yang 'real' di depan mata dia...tercengang dia..

sesi bergambar bersama ultraman. kalu beli rm20 ke atas. tapi sebab kitorg datang lambat, nombor abih dah. so kena datang ahad. tapi faiz keje ari ahad tu, so xde la gambar2 ni seme.. tapi fakhry pun cam takut2 je bile aku tanya nak salam ke ultraman. hihiih

ramai la bebudak. siap ada yang nangis nak salam ultraman. hihihi

ultraman membuat action.. bile dah abih seme, si fakhry tanya " ultraman balik rumah terbang ke mama?" huhu.. terpengaruh la sungguh bebudak ni..


Thursday, October 14, 2010

Birthday celebration

Posted by NaZa at 4:03 PM 5 comments
 Bunyi macam gah je, padahal xde apa pun. hih... just masak dinner cam biasa n potong cake. ajak adik ipar tapi last minit dia tak boleh nak datang plak sbb keje tak siap lagi. so kitorang berempat jela kan..

birthday girl yang tak sihat. asyik merengek je nk dok kat mama.. huhu

yang ni abru ceria sket tapi sekejap je.. pastu merengek semula..

si abang yang merembat accessories adik. macam dia plak birthday boy.

cake beli je. nak tempah kat member dia tutup kedai buat sementara waktu. huuh

ber tiga...
Alhamdulillah, now naira dah sihat, dah kurang kahak dia, so bleh la tersenyum selalu...

Monday, October 11, 2010

Happy 1st Birthday Naira

Posted by NaZa at 3:41 PM 0 comments
Selamat Ulangtahun yang Pertama untuk anakanda kesayangan, Naira Zahira.
Semoga menjadi anak yang solehah, menurut perintah Allah, menjauhi laranganNya,  mendengar kata mama, papa dan abang fakhry. Mama love u always...
sekejap je masa berlalu.. menyambut hari kelahiran dengan badan yang tak berapa sihat macam abangnya dulu.. demam dah baik, cuma kahak + batuk je. huhu, kesian je..

perkembangan naira setakat ni...
1- aktiviti memanjat xtinggal.. abih seme nak dipanjat, mesin jahit tukun, tolor car plak dia panjat pastu berdiri kat seat sambil bergoyang2. meja komputer aku dia panjat pastu berdiri atas laptop aku. huhu,
2. dah boleh berjalan.. yang ni start umur 10 bulan. skang ni bile amik dari rumah bbstr pun sibuk nak jalan gak. huhu..
3. perkataan yang biasa dia sebut, mama, papa , nak...
4. dah boleh berebut dengan abang, dan kadang2 berakhir dengan tangisan abangnya,. hahah sbb kalah.. benda yang menjadi rebutan selalunya makanan la...
5. dah boleh paham bile disuruh duduk, amik ball, baring, stop, n bbrp word yg simple la..
6. suka main hide n seek. n sebut "cakkkk"..
7. teramat la manja dgn mama dia. huhu, terjaga dari tido, mengantuk, tak sihat ke, semuanya aku la yang dia cari.. bile fakhry dok atas riba, terus la naira datang n tarik2 rambut abang dia suruh bangun. huhu
8. berat 7.5kg. kalu abangnya dulu dah 10kg dah. takpela. girl xyah gemuk2 nanti susah nak kurus. hikhik..
9. Alhamdulillah aku telah berjaya full breastfeed Naira dalam tempoh setahun ni... NO formula milk... insyaAllah kalu di izinkan mahu disambung sehingga 2years. tapi tula. kadang2 perasaan malas nk pump tu sentiasa ada. hihih...

lupa plak nak amik gambar dia genap setahun... balik nnt la...

Tuesday, October 5, 2010

Tiara Beach Resort, Port Dickson

Posted by NaZa at 12:13 PM 2 comments
hadiah menang contest blog  cik kirana. just bayar rm100 utk percutian 2D1N. pi sabtu baru ni, konon2 nak pi awal, sudahnya kul 11 lebih baru bertolak. biasa la, ada anak kecik ni xdenya la awal. pulak tu weekend, lagi la lambat si fakhry bangun.. oleh sebab kunci amik dr owner sendiri kan, so bleh la check-in awal sket. masa sampai tu pun orang tak bape ramai lagi... gambar pun xde la sangat sebab, baik aku mandi dari amik gambar. hihihi..






before bertolak

dalam apartment

on the way pi kolam

baru je warming up. kids area, memula utk children slide aku temankan fakhry naik dulu.. dah 2/3 kali dia dah berani, naik turun sendiri je..

bermain pasir

bebudak beratur menunggu turn. yg ni ari ahad, orang ramai la jugak

tanam kaki naira...

main air..

slide tu aku naik dgn fakhry... nak biarkan dia naik sorang xberani la.. tapi kat are bebudak ok je la fakhry naik sengsorang...
conclusion mmg enjoy. kalu mandi kat pandai, takut gak nk lepaskan fakhry camtu jekan.. klu pi sunway mahal, tu pun untuk sehari  je.. lagipun KL-PD kira dekat la jugak.. sekali-sekala bawa anak-anak untuk main air ok la.. cuma kalu ikut jiwa aku, aku suka pantai, menghargai keindahan alam yang Allah kurniakan.. tapi bila dah ada anak, kena la fikir keselamatan anak kan..  hasilnya.. abih gelap naira mandi tenghari buta.. demam+batuk+selsema dia dari semalam. tp tak bape tinggi pun temperature dia, maybe sebab penat kot.

kalu nak info lanjut pasal apartment kawan aku ni, pi sini.

Thursday, September 30, 2010

Apabila dua beradik bermain bersama

Posted by NaZa at 12:48 PM 2 comments
1. mula-mula, sorang tolong taburkan bedak, yang sorang lagi ratakan..

  2. baring atas bedak yang di taburkan...

 3. angkat kaki.. bersedia untuk bergolek..
 
 4. golek kiri dan kanan...

 5. panggil mama untuk menunjukkan hasil seni diorg..

 6. hasil seni si abang.. make up kan ultraman kesayangan..


7. hasil seni si adik.. abih penuh bedak di muka dan baju...

p/s: sekarang kat rumah kena pasang gate sebab naira dah pandai pi dapur and bilik air sendiri.. bahaya... tak mahu perkara buruk berlaku nanti.. kalu fakhry dulu. dia takkan melepasi border yg aku letak gate skang ni.. so memang aku tak perlu pasang gate tu pun masa dia kecik..

Wednesday, September 29, 2010

kuda ku lari gagah berani..

Posted by NaZa at 2:32 PM 0 comments
balik terengganu masa raya, sempat la pi singgah kat pantai batu burok. fakhry la sibuk nak naik kuda.. tapi bile sampai depan kuda, pegang pun taknak. penakut tul. padahal sebelum tu dalam kereta, cakap berani la, nak naik sorang la.. sabo jela..tapi aku paksa juga, sebab nanti lain kali dia ngungkit plak nak naik. naira pegang kuda ok je.. usap2 kepala kuda tu.. pastu nak suh naik kereta kuda.. yg tu mahal la, dewasa 1 kepala rm5, dah tu kalu kitorg seme, mau rm15. membazir je..sib baik last2 ada la sorang budak tu naik kuda, so bila dia nampak dah ada orang naik, dia pun berani la.. tak mahal pun sekali pusing rm3. tapi fakhry 2x pusing org tu bawak.. pastu ada la org tolong pegang, kang jatuh susah je.. tu pun nak suh papa dia pegang kan, tp maaf la papa mu itu sakit kaki la..
  
muka takde perasaan.
   
ada org tolong pegang kuda, n pegang dia takut jatuh kan.. baru la senyum sket... nak melambai kat mama pun takut-takut
 
bersama kuda...
 lepas naik kuda terus dia kata, "lupa la nak amik layang-layang kiat".. layang-layang ada kat dalam kete, jenis beli bleh bukak seme, simpan dalam plastik tak rosak.. jimat la xyah beli lagi.. hihi..

mama dan fakhry. baru lepas pi open house, tu yg berbaju kurung. feeling2 wanita ayu. ekeke

dia main sekejap je, aku yg kena pegang layang2 tu, dia pi main pasir, sabor jela.. lepas tu nak main air plak. tapi sebab aku pakai baju kurung jekan, benarkan dia main kan gigi air je..

saya anak malaysia... ^__^

Wednesday, September 22, 2010

Aidilfitri 2010

Posted by NaZa at 2:31 PM 0 comments
dah lama tak update.. blog raya lama sangat.. hihi
takde masa nak update, kat rumah memang tak bleh dah, buka laptop, si kecik tutup balik laptop..
kalu tinggal kejap je, dia pi cium-cium keyboard dgn air liuh meleleh-leleh, abih basah keyboard aku.. huhu
tahun ni raya johor. sepatutnya selang seli last year terengganu kan..sakit poket wooo kalu nak balik dua-dua tempat kan...tapi kerana ingin menjadi isteri mithali (muahaha.. selepas adegan pujuk rayu tapi rasuah xde la plak huh..) balik la jugak terengganu masa raya ke-6. seperti biasa masuk jela gambar raya yang diambil dengan camera phone aje..tema tahun ni pink. hajat dihati nak pi studio, tapi anakanda kesayangan tak sihat plak, so cancel la..



raya pertama


fakhry tak sihat, mata kiri bengkak, demam, pi klinik dihari pertama, klinik pun penuh orang beraya.. huh..


raya ke-2 - baju yang sama dgn opismate. hahah



raya ke-3 pi beraya melaka. akak ipar takde dalam gambar. nak menunggu abg ngah aku upload gambar full tah bile gamaknya...
raya ke-6 before balik ke terengganu.

Wednesday, September 1, 2010

22 Ramadhan..

Posted by NaZa at 2:30 PM 3 comments
bulan pose ni mood nak update memang takde.. mood tgk resepi je... skang ni pun dah ketandusan idea nak masak apa untuk buka pose.. klu pi bazar ramadan pun last2 tak tau nak beli apa.. selalunya weekdays aku masak, sabtu ahad gantung sudip kuali makan kat kedai. hihi.. selalu orang masak weekend la kan, ni aku plak terbalik..

tahun ni kerajinan lebih sket la, buat kuih raya. ^_^ **bangga-bangga**  sarang semut je.. tu pun 1 adunan.. xsempat nak buat sebab encik suami bz manjang, weekend pun sibuk nak keje. habih tu sape la nak jaga jeneral2 kat rumah tu.. aku kat dapur, naira sibuk la nak main cak-cak ngn aku.. sibuk gak la nak tolong wat kuih gak.. tapi macam xsempat raya kot sebab si fakhry tiap-tiap malam dok mintak " nak kuih mama".. bagi jela kan nanti simpan2 last-last xde orang nak makan. ingat nak wat biskut arab, tunggu weken ni la, harap encik suami tak bz la.

ahad lepas plan nak pi beli baju raya anak-anak. tetiba bateri kete kong plak. naik la semula ke rumah. sampai seme dah tertido tunggu papa settle hal kete.. bangun tido fakhry dok cakap nak beli baju raya.. so ptg tu pi la jugak sunway piramid. tapi dalam kelaparan kan, tak larat aku nak pilih. last2 dapat 2helai je baju naira. fakhry punya ingat nk beli masa cuti merdeka, sekali en suami pun keje jugak. huhuhu...

Naira skang dah bleh jalan, walaupun badan still goyang-goyang. dah tu si abang selalu la menolak adik dia ni.. sian tul. tp adik ni pun satu.. abang dok tengok upin-ipin kat laptop, adik kaco, tekan keyboard la, tutup laptop la.. abang main mainan, adik dok rebut-rebut. abang dok makan, adik ngendeng-ngendeng nak makan gak, kadang2 dia rampas makanan abang. tp selalunya diorg dua ok je.. cuma kelakar je tengok gelagat diorang..
pose b4 pi terawikh. ala-ala malu nak tunjuk muka. baju berlipat-lipat, mama malas nak gosok. hihi

naira berjalan tergoyang-goyang. hihi

Tuesday, August 24, 2010

birthday cake

Posted by NaZa at 9:49 AM 2 comments

before birthday dia, dah request nak kek gambar ultraman banyak... siap bg contoh lg kan.. tapi hajat tak kesampaian.. so minggu ni aku wat sendiri jela.. tak kisah pun lambat, lg pun bukan dia tau tarikh pun lagi kan. kihkihkih.. last2 aku beli je patung menan ultraman yg kecik tu letak atas kek. kek wat sendiri jela.. tak tau sape nak makan kek pasni...


mencari lilin tak jumpa plak.. last2 rembat jela apa yg ada... hiasan pun seadanya... hihi, sendiri mau makan..
sukanya dia...

birthday boy ni dok tgk patung ultraman je... lepas je potong terus suruh cabut n basuh.. nak menan.. sabo jela...
 

MySelf MyView Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal