Thursday, April 29, 2010

cerita anak-anak

Posted by NaZa at 12:11 PM 1 comments
dah dua hari fakhry tak pakai pampers dah... kat rumah bbstr, kat umah aku dan waktu malam.. alhamdulillah okla setakat ni.. cuma bile part menunaikan hajat yang besar still fail, tak boleh nak cakap.. mesti terlepas sket baru dia bagitau aku. kelmarin dia siap nangis-nangis cakap kat papa dia, " fakhry yak" berulang kali sambil nangis.. takut aku marah kot sebab before tu dia dah cakap, aku bawak pi toilet tapi tak keluar la plak apa yang sepatutnya.. so bile dah terbabas takut la tu aku marah. tapi bile aku peluk dia baru la berhenti menangis.. tapi kalu pergi jalan-jalan aku still pakai kan pampers. risau la plak kang tetiba tengah jalan-jalan dia nak kencing tak jumpa toilet camne? huhuhu tapi fakhry ni, kalu pakai pampers memang berat mulut nak cakap "mama nak kencing." bile pampers dah berat baru la reti cakap.. sabo jela... so kalu nak train memang jangan pakai pampers..

Naira skang dah laju membuat aktiviti menyapu rumah... setiap sudut dia buat tinjauan. pantang tinggal benda-benda atas lantai habis semua disapu dan masuk dalam mulut.. berbeza dengan fakhry yang memang tak pernah kutip dan masuk mulut masa kecil.. lain anak lain perangai... alhamdulillah setakat ni seme food naira aku masak sendiri.. rajin.... hihih.. dulu fakhry aku bagi gak nestum. setakat ni resepi untuk naira..
pisang, bubur nasi, carrot, sweet potato, bubur+carrot, bubur+kentang,bubur+brocolli. aku still breastfeed naira, alhamdulillah susu still mencukupi walaupun stok ebm dah tinggal nyawa-nyawa ikan je..

sekarang ni aku suka dengar lagu dari maher zain ni.. tenang je jiwa. InsyaAllah, Open Your Eyes, For the rest of my life..

Monday, April 26, 2010

pureen warehouse sale part 2

Posted by NaZa at 4:03 PM 2 comments
Arrive at 9.45am.. parking kat bangunan sebelah. Bawa bersama puteri kesayangan sebab tak boleh tinggal.. aku  masuk, hubby n naira dok luar. tak sanggup nak suruh diorg masuk.. masa aku sampai, jalan tak jammed lg.. tapi kat dalam tu dah jammed. masuk terus menuju ke bahagian baju.. amik yg sepasang rm6.. amik pilih sket2, baju towel, terus chow pi bahagian depan.. masa tu Q nak bayar dah start panjang, call hubby ask to queue first sementara aku amik detergent, shower foam, baby wipes.. tp dia kata orang dah ramai. so takpela diorang tunggu dalam kerete je sebab panas.... aku pilih2.. pastu nak beratur.. pastu tetiba rasa macam packed giler, memang tak boleh gerak langsung.. tetiba dengar annoucement dari management cakap, gate ditutup, sebab kat dalam dah jammed. dengar suara bebudak menangis la. pulak tu ada yang bawak masuk stroller. kesian budak2 kecik.. yang macam newborn pun ada.. huhu.. sib baik tak suruh hubby masuk.. gigih aku bawak barang sorang2.. yelah .. dah sampai, tak nak blah camtu jekan. hihih..

kul 11.45 camtu dah kuar dari situ.. jalan memang dah jammed la kat area situ. tapi tahun ni memang ramai giler orang. aku borak-borak dengan orang2 kat situ, ada yang datang pukul 7.30 lagi.. ish..ish.. tapi yang masuk awal seme yg ada connnection ngn staff kat situ la.. tapi biasa la dah namanya warehouse sale.. memang berebut la keje nya. hihih... tak sempat nak amik gambar hasil rembatan... malam nanti la upload yek

Friday, April 23, 2010

kena curi..

Posted by NaZa at 9:19 AM 2 comments
hari ni pi keje, naira hantar ke rumah bbstr, fakhry dok umah je, tok ma n tok ki jaga..
dia siap ngigau cakap taknak pi rumah mak ana.. sabo jela... ke berlakon je, sbb bleh la tengok tv 24jam..
pergi kat kereta, tengok aerial radio kete hilang.. huhuhu, macam la canggih sangat kete aku tu nak curi.... maybe sebab parking kete kat tepi bangunan, terlindung dengan pokok-pokok, so orang tak nampak.. dah nak dengo radio tak berapa clear..

tapi muhasabah diri, maybe ada la kitorang buat silap kan, balasan... nasib baik pencuri tu nampak aerial je untuk dicuri, kalau dia curi tayar yang baru aku ganti tu? haaaa, menangis lorr...

Thursday, April 22, 2010

pureen warehouse sale datang lagi....

Posted by NaZa at 2:15 PM 4 comments
tadi pi klinik.. seperti biasa monthly checkup for Naira..
berat 5.9kg >> 6.3kg
tinggi 62cm >> 64cm

sib baik naik.. aku tengah dok memikir ni camne sabtu ni... mmm.. ada pureen warehouse sale.. tak pernah miss kecuali dalam pantang. hihih ... masa ni la aku beli baju or stock up my toiletries.. oleh sebab family hubby ada kat umah this week, ingatkan nak mintak tolong mak mertua aku jaga kejap anak-anak ku itu... tapi....... si Naira plak sekarang ni taknak dah dengan orang lain kecuali aku, papa n bbstr dia. huhuhu.. bile orang selain yang tertulis tu pegang, dia menangis macam kena dera. huhuuh... kejap je lagipun nak pi dalam 2 or 3hours je..

pastu nak anto ke umah bbstr, dia plak berniaga sabtu ahad. huhu, abih tu camne... rugi woo tak pi.. huhuhu.. abih plan aku... naira..naira.. tadi pun bile nurse dok ukur tinggi dia, aku terlindung disebalik nurse tu, muka dia dah cembeng... sebab nampak orang lain... lorrr... lain bebeno la sikap dengan fakhry yang mesra alam ni... ish.ish... harap-harap dia dapat membiasakan diri dalam 2 hari ni dengan mak mertua aku. hahah... sesuka hati je aku nak suh diorang seme jaga.. kihkihkih  padahal aku tak bagitau pun lagi.. tah-tah diorang nak balik dah. .. punah harapan..

Tuesday, April 20, 2010

toilet train part-2

Posted by NaZa at 5:00 PM 2 comments
dah lama tak cite progress fakhry kan.. kalu kat umah bbstr, still pakai diapers sbb takut terkencing, sian plak bbstr nak mengelap. tp dia tak kencing la kat dlm diapers, sbb bbstr sentiasa tanya. tapi fakhry tak pernah la plak bagitau nak kencing. so sehari just pakai satu je diapers. tapi kadang-kadang terbabas gak kalu masa tido.. sebab takkan bbstr nak kejutkan dia tido semata-mata suruh kencing.

kalau kat rumah, weekend, aku memang tak pakaikan dia diapers. kadang-kadang ada gak terbabas, cuma sekarang dah pandai dah cakap ngn aku nak kencing, siap lari-lari takut terbabas.. ekekek.. takpe lama-lama dia pandai la tahan kan.. takkan la nak suruh dia pandai 2/3x ajar kan.. budak kecik.. takat nak lap lantai yang terkena tempias seme tu, pejam mata jela.. aku ada magic mop. kihkihkih...

cuma malam still aku tak berapa berani la tak pakaikan dia diapers walaupun dia jarang membasahkan diapers dia waktu malam. tapi untuk faktor keselamatan kan...

Monday, April 19, 2010

mari mewarna

Posted by NaZa at 7:00 AM 2 comments

ini adalah aktiviti fakhry sekarang, sejak aku belikan crayon brand crayola.. mmg tahan.. yela bebudak kecik kan selalu kalau mewarna sehabis tekan dia buat kan. tapi still tak patah.. klu dulu-dulu aku belikan yang murah, asyik patah je.. skang ni nak belikan color pencil plak... giant  coloring book yang atas tu aku beli kat gramedia, mines. bagus gak besar-besar. senang nak warna.. sekarang ni still tak boleh mewarna betul-betul, aku jugak kena tolong sekali... adik pon tolong sekali, makan buku ngn crayon nye kalau kitorang leka sekejap..

sekarang pi shopping compleks, kena singgah gak kedai buku. nak biasakan dia dengan buku walaupun aku tak beli pun.,.,,

Friday, April 16, 2010

how to train your son dragon

Posted by NaZa at 2:33 PM 1 comments
semalam bersama-sama dengan fakhry n asben pi tgk wayang.. kire 2nd time la fakhry. dulu cite upin-ipin tapi dia tido je... naira plak aku tinggal rumah bbstr.. kesian...
paksa asben cuti gak. kahkahkah... aku amik replacement leave sbb masa busy dulukan sabtu ahad keje... cite dah berlapuk, tapi okla sebab orang tak ramai. tgk kat mines je..
fakhry memang excited la.. asyik senyum2 je.. tapi part dragon muncul or aksi2 yang terperanjat, dia menyorok belakang lengan aku.. sabo jela... letak bekas popcorn kt celah peha dia, abih dia makan sambil menonton... tapi bile dah nak abih, dia start la wat rondaan dalam panggung.. ke kiri dan kanan... ke depan.. sib baik aku amik seat last sekali n tepi sekali...
kesimpulannya, lepas ni bleh la ajak asben dan fakhry tengok lagi. hihi.. dah lama giler tak tgk wayang.. bile dah ada anak ni mmg tak masuk list la aktiviti menonton bersama keluarga...

p/s : hadiah untuk fakhry yang genap 2 tahun 8 bulan semalam. kihkihkih...

Thursday, April 15, 2010

s90 bertukar menjadi SilverStone

Posted by NaZa at 7:16 PM 2 comments
tak tercapai impian nak memiliki s90 buat masa sekarang..
poket tiris disebabkan tayar bocor.. huhuh..
pulak tu bunga pun dah takde, so tukar jela 4 biji tayar terus...
mengalir la duit macam air....
takpela kan. keselamatan, lagipun dah dua tahun tayar berkhidmat...
kena la buat belanjawan semula. huhuhu

Tuesday, April 13, 2010

maksud nama naira

Posted by NaZa at 11:27 AM 1 comments
ada beberapa kali aku tgk kt statistic nuffnang tu org google maksud nama naira....
dan seingat aku tak pernah lg aku bgtau maknanya kot...

aku search kt sini.. http://www.muslimbabynames.net


Naira
ناﺋره
  Shining, glittering.


Zahira
زاھره
  Bright, brilliant, shining, luminous, distinguished, lofty.

Monday, April 12, 2010

demam

Posted by NaZa at 10:42 AM 1 comments
ngantuk arini, tak cukup tido... tgh malam tadi naik temperature fakhry... b4 aku tido ok je dalam kul 11 lebih.. dah pesan kat asben tgk kan dia ..aku nak tidokan naira, dlm kul satu asben kejut cakap badan fakhry panas.. terkejut aku.. lupa nak bgtau suh bagi ubat kul 12.. terus bagi ubat, lap badan seme, tgk badan macam gigil2 sket.. dah la ujan kan semalam.. aku pun tak pasti nak mandi ke x, sebab aku pun sejuk gak. huhuh. bile lap ngn air dia cakap sejuk.. alhamdulillah pastu turun la sket2 suhu dia.. fakhry berjaga sampai kul 5 tu... suh tido xmoh, nak tgk tv. huhuh..

pagi ni merengek-rengek, cakap nak makan.. tak nak pi umah bbstr, bile aku cakap nak pi work and suruh la dia pergi dengan papa, dia cakap dengan muka sedih " jom mama, makan" huhuh.. sib baik lepas cakap elok dia ok je.. dah la lambat giler aku pi opis.. nak cuti, ada mende nak settle kan.. dah lama fakhry tak demam, bile demam ni rasa sedih tul huhuh.. riso sangat aku... alhamdulillah naira ok je.. dok sibuk tarik rambut abang dia.. dan semalam genap 6bulan dia dah boleh mara kehadapan..

Sunday, April 11, 2010

Naira is halfway to a year already!!

Posted by NaZa at 1:00 PM 2 comments
ok. dah six months.. kejap je masa berlalu..
dah susah nak tido.. lagi-lagi kalu abang dia ada kat sebelah... mengekek je gelak..
kalu menyusu pun susah, terteleng kepala menengok abang nya..
pulak tu, mengigit.. huhuhu,, sakit gilos...
kalu sesape makan, dia menengok kite rasa kesian sgt, nampak la sangat terliur nya..

aku dah start bagi dia solid food. 1st time bagi pisang.. dah la ada sebiji je... memula asyik terkeluar dari mulut... tapi bile dia baru nak menikmati, dah abih... sbb abangnya yang makan 1/5 darinya. huhuuh. kesian-kesian... petang plak dia menengok je abangnya makan barli, masuk je sudu dalam mulut abang, menjerit-jerit dia suh suapkan dia sekali.. kesian-kesian... last-last suruh gak asben belikan pisang, rasanya sebiji pisang abih.. tu pun kalu aku bagi lagi, makan je dia.. tapi riso la plak kan makan banyak2.. poo-poo dia nampak la urat-urat pisang. ekekekke...

sekarang tak boleh biarkan benda-benda kecil atas lantai, nanti dia kutip masuk mulut.
tu pun abih coloring book abangnya masuk mulut dia, hujung-hujung dah terkoyak...
abangnya malam tadi demam la plak.. tetiba je, padahal before tu riang ria je..
pagi ni pun still dedar-dedar lagi...









Saturday, April 10, 2010

bila dua beradik tido bersama

Posted by NaZa at 10:24 AM 2 comments








bile belek2 muka diorg ni.. mmg serupa je...

Wednesday, April 7, 2010

New Addition to our family

Posted by NaZa at 7:22 AM 0 comments
His name is Ahmad Akiff Ukail Bin Ahmad Nizam.. Anak pertama abang ngah saya ..
lahir pada 3 April 2010, 4.15pm berat 2.65kg kot kalu tak silap la...

maka bertambah la cucu lelaki untuk mak abah...
sudah 4 orang lelaki, dan 2 perempuan..
makin gamat la rumah kalau semuanya berkumpul...



yang ni adalah anak saya... saja letak untuk sesapa yang merindui nya... hihihi

Tuesday, April 6, 2010

menu for breakfast - roti jala & kari ayam

Posted by NaZa at 1:16 PM 3 comments
hari ini aku TER-rajin sket.. pepagi bangun masak 4 breakfast.. awal tu.. sampai kan pi opis pun' awal'. hahah awal la sangat kan.., hari-hari pun aku sampai opis awal. kihkihkih

oleh sebab masak for dinner semalam ialah kari ayam, so sengaja la masak lebih sket sebab aku nak masak roti jala pagi tadi... teringin nak masak, walaupun rupa takde la macam jala.. jala rosak ada la. kihkihkih
actually aku ni kureng la sket masak dengan santan2 ni, macam tak berapa jadi, sib baik dapat asben yang boleh makan apa saje tanpa complaint. bagus..bagus..
sanggup tu pi beli acuan roti jala baru, sebab yang dulu dah bawak balik kampung pastu tertinggal.. tapi tah bile nak amik balik.. sedekah jela kat mak. hihi. gambar ada tapi xbleh plak nak upload, nanti2 la.. gambar kena ada sebagai bukti. kehkehkeh...

roti jala yg telah di makan baru teringat nak ambil gambar. hihi

Monday, April 5, 2010

aktiviti hujung minggu

Posted by NaZa at 1:28 PM 0 comments
sekarang ni weekend, malas nak keluar mengukur shopping complex. kalau ada benda nak beli je baru keluar... tempat yang selalu my family pi setiap hujung minggu ialah giant kinrara.. sebab kat tingkat atas ada playground yang free, so bleh la fakhry main kat situ tanpa mengeluarkan duit.. yelah, katanya dalam tempoh menjimatkan wang kan. hihihi

tp kan walaupun kitorg cuba cut apa yang patut, tapi still macam xde apa yang save.. so cuba la selidik apa yang telah kitorang belanjakan.. rupanya, start dari bulan 1 asben kena wat keje kat putrajaya.. so kos meningkat la sket.. parking sehari rm8, tol lagi, minyak lagi.. huhu so disitu lah duit banyak lari... before ni keje kat equine je..

sabtu lepas pi la subang parade, kononnya nak pi booth mai kt flea market kat situ.. sampai kesudah tak jumpa walaupun aku dah menawaf satu mall.. masuk mph, masuk toy r'us keluar semula pusing cari, tak jumpa gak. nak call tanya, nombor seme takde dalam simcard.. seme dalam henpon lama yang dah kong.. tapi blouse kat situ mmg cantik2. tergoda sungguh, tapi sbb xde budget utk beli baju sendiri, tak beli la.. nak beli canon s90 bulan ni budget diperuntukkan untuk membeli baju anak-anak saje.. ish syahdu plak bile sebut anak-anak.. hihihi..
fakhry suka sgt la pi subang parade sbb tingkat atas2 tu orang tak ramai, asyik berlari saje... penat la papa dia kejar.. hilang macho. haha..sib baik aku pegang naira guna carrier. alasan yang kukuh.. tapi bile masuk kete, terus la tido, sampai umah pun sambung tido lagi...

semalam sempat la aku menambah kawan kepada ikan-ikan ku yang kesepian.. 2 ekor gold fish, and 2 ekor molly fish.. berseri sket aquarium aku..

Friday, April 2, 2010

apa yang aku takuti berlaku juga...

Posted by NaZa at 8:58 AM 0 comments
dalam 2/3 minggu ni aku mmg tido awal.. ngantuk sangat.
kalu naira tido dlm kul 10, aku susukan, terus tido sekali..
kadang kala dia taknak tido, aku tido dulu suruh hubby jaga,
kalu dia nangis nak susu, aku bangun, susukan pastu tido sekali..

malam tadi, dia tido kejap lepas maghrib, hilang ngantuk dia, pastu berjaga...
kul 10 camtu aku dah ngantuk, pastu tidola... naira macam biasa hubby jaga..
kul 11.30 lebih camtu dia nangis, aku BF la dia...
pastu letak kat sebelah aku, tepuk2 belakang, pastu dia tido..
aku pun terlelap sama.... so di sinila kesilapan aku...
ingatkan betul la dia tido, dan biarkan dia tido atas katil aku tanpa meletakkan bantal untuk mengepung dia..
tetiba aku dengar.. "BEDEBUKKK".. uwaaaa... tersentak aku, tgk dia kat atas lantai meniarap sambil menangis... huhuh... masih teringat situasi itu..
dah la katil aku ni tinggi, 2x ganda dr ketinggian fakhry jatuh masa kecik2 dulu...
aku peluk, basuh kepala dia dengan air, susukan dia. pastu dia senyap.. tu pun memandang aku... sedih sangat.. sayu je muka dia.. macam cakap ngn aku.. "nape mama biarkan naira jatuh?" huhu
papa plak membebel kat mama.. biarkan anak tido xde kepungan...
dah la sedih anak jatuh, tambah lagi perisa dari asben.. sedih tul rasa...
malam tadi aku tido tak lena, takut dia demam, muntah ke... harap2 xde apa2..
sib baik jatuh meniarap, so xde la kena kepala harapnya...
lepas dia BF, terus ceria, xnak tido sampai kul 1 lebih.. dok main terbang2 dengan abangnya...
pagi tadi macam sedih je muka dia.. mungkin sebab dia xcukup tido, or sakit badan... pulak tu malam tadi dia batuk... sian je..
aku dah pesan kat bbstr, kalu dia demam or muntah2, bagitau..
sedih..sedih... jangan la ada apa-apa effect lain.. huhuh
 

MySelf MyView Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal