Thursday, April 29, 2010

cerita anak-anak

Posted by NaZa at 12:11 PM
dah dua hari fakhry tak pakai pampers dah... kat rumah bbstr, kat umah aku dan waktu malam.. alhamdulillah okla setakat ni.. cuma bile part menunaikan hajat yang besar still fail, tak boleh nak cakap.. mesti terlepas sket baru dia bagitau aku. kelmarin dia siap nangis-nangis cakap kat papa dia, " fakhry yak" berulang kali sambil nangis.. takut aku marah kot sebab before tu dia dah cakap, aku bawak pi toilet tapi tak keluar la plak apa yang sepatutnya.. so bile dah terbabas takut la tu aku marah. tapi bile aku peluk dia baru la berhenti menangis.. tapi kalu pergi jalan-jalan aku still pakai kan pampers. risau la plak kang tetiba tengah jalan-jalan dia nak kencing tak jumpa toilet camne? huhuhu tapi fakhry ni, kalu pakai pampers memang berat mulut nak cakap "mama nak kencing." bile pampers dah berat baru la reti cakap.. sabo jela... so kalu nak train memang jangan pakai pampers..

Naira skang dah laju membuat aktiviti menyapu rumah... setiap sudut dia buat tinjauan. pantang tinggal benda-benda atas lantai habis semua disapu dan masuk dalam mulut.. berbeza dengan fakhry yang memang tak pernah kutip dan masuk mulut masa kecil.. lain anak lain perangai... alhamdulillah setakat ni seme food naira aku masak sendiri.. rajin.... hihih.. dulu fakhry aku bagi gak nestum. setakat ni resepi untuk naira..
pisang, bubur nasi, carrot, sweet potato, bubur+carrot, bubur+kentang,bubur+brocolli. aku still breastfeed naira, alhamdulillah susu still mencukupi walaupun stok ebm dah tinggal nyawa-nyawa ikan je..

sekarang ni aku suka dengar lagu dari maher zain ni.. tenang je jiwa. InsyaAllah, Open Your Eyes, For the rest of my life..

1 comments on "cerita anak-anak"

kirana on April 30, 2010 at 8:49 AM said...

ok aa tu dah bjaaya dah,,
aku gak tak sambung start lagik..wiken asik ada hal jerrrrr

 

MySelf MyView Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal