Tuesday, May 11, 2010

Hari ini Naira dah genap 7 bulan

Posted by NaZa at 4:20 PM
- start semalam, bile ditinggalkan kat babysitter, dia dah pandai menangis.. menghulurkan tangan suruh aku ambil dengan muka yang syahdu.. bagus-bagus...
- tidak boleh ditinggalkan atas katil dan mengepung dengan bantal.. sebab dia dah pandai meredah halangan mengharungi rintangan.. dan buat aksi terjun tiruk dari atas katil..
- tinggalkan dalam babycot pun bahaya kalu penghadang tu dalam kondisi yang rendah. dia akan cuba berpaut dan berdiri. huuu.. sungguh bahaya. dah berapa aku tengok dia buat cubaan, dan nasib baik aku or hubby ada kat situ...
- tidak boleh ditinggalkan sendirian, nak masak pun susah.. hilang dipandangan mata sesaat pun dah kedengaran nyanyian yang nyaring macam kena dera bersama-sama air mata yang bercucuran dan air hidung sekali. tapi bile di ambil automatic hilang la nyanyian tu serta-merta..
- orang lain selain aku, hubby dan babysitter tak boleh pegang dia.. klu ada iras2 dengan muka aku boleh la.. tapi setelah 2/3 kali telek macam lain je muka.. or tetiba nampak aku kat tempat lain dan bukan orang yang pegang dia, terus la menyanyi...
- bleh sebut mama.. amamamama... tu jela perkataan dia kalu suruh aku dokong..
- gigi atas dia dah tumbuh satu. so total 3batang.. dan makin bertambah sakit la aku.. huhuhu
- suka berebut botol susu abang dia.. siap ambil botol abang dia masuk dalam mulut n minum.. sabar jela... menjerit-jerit la abang dia..
- suka makan.. kalu aku hidang makanan, dia yang sampai dulu...walaupun aku baru sudah suap bubur kat dia..

apa lagi yek.. mm. tapi kesimpulannya Naira ni mmg lasak berbanding dengan fakhry dulu.. fakhry mesra alam, Naira, tak boleh ditinggalkan langsung dengan orang lain..

3 comments on "Hari ini Naira dah genap 7 bulan"

bie on May 11, 2010 at 5:24 PM said...

yesss...berjaya gak dukung naira aritu dlm jangka masa yg lama gak ekeke...maybe dia tgk ala2 tinggi mama dia je kot makcik ni kekekeke

kirana on May 12, 2010 at 8:45 AM said...

bab curi botol sama ngn aisya..suka nk amik abang dia punya

NaZa on May 13, 2010 at 2:36 PM said...

bie- bile nak pass balik ke mama yang asal, dia menangis plak yek.. dah conpius mana satu. hihi

ana - rasanya anak 2nd mmg jenis lasak sket kot.. huh

 

MySelf MyView Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal