Monday, June 28, 2010

semalam 27 June..

Posted by NaZa at 1:47 PM 3 comments

Faiz Hasan menu istimewa buat isteriku...hik3, abis barang dapur digunakan.. siap!!.. nasi goreng world cup 2010 + keropok goreng panas + air orange, tea ais, milo ais & air masak....yum..yum..yum...delicious!! ( cilok dari FB asben)

 
menu istimewa asben utk hari lahir saya yang ke ...(apalah ada pada nombor.. hihi ). (setelah ada unsur2 renungan mata dan mulut membisu) ekekek.. hajat di hati nak pi klcc malam before tu. tapi orang tu beria tengok bola, malas nak kacau, tido jela.. pastu dia kejut kul 12 wish happy birthday pastu aku tido la semula.. semoga murah rezeki, panjang umur untuk melihat anak-anak ku membesar, menjadi muslimah yang mentaati Allah, menjauhi larangannya..

p/s: abang.. hadiah belated pun takpe, wishlist dah tau kan. hihih

Thursday, June 24, 2010

hari memasak

Posted by NaZa at 2:16 PM 1 comments
hari ahad lepas, hari memasak.. lagi pun sabtu dah seharian kat  luar, so ahad lepak jela..
tu pun masa nak beli breakfast, fakhry siap bawak bag, nak pi rumah bbstr.. sabo jela..
menu - cream puff, siakap masak sos, kek coklat.
ni kire makan-makan sempena happy father's day. ekeke
cream puff xberapa menjadi, sebab dough terlembik guna telur size L. huhu.. tapi separuh bleh la makan. takpela lain kali bleh cuba lagi. tapi asben kata ok dah.. cuma tak cantik je.. so takde la gambar sebagai bukti.. nanti lain kali aku cuba n jadi cantik je, aku amik la gambar. ekekek...  menu lunch, siakap masak sos dengan sayur bayam je... petang plak aku masak kek coklat. kire puas hati la dapat memasak apa yang aku angan-angankan sebelum ni. hihih


Tuesday, June 22, 2010

jalan-jalan hari sabtu

Posted by NaZa at 12:32 PM 0 comments
malam sebelum tu dah bagitau fakhry suruh bangun awal, so boleh breakfast kat luar. dia pun siap cerita dengan bbstr dia, "esok nak jalan-jalan dengan mama, papa, naik car papa.." huhu
so pagi breakfast kat Q-bistro bandar permaisuri. lepas tu settlekan duit maintenance umah LA aku yg berzaman tak bayar. ekek.. sib baik xde interest.. tu pun tak abih lagi... dah diorg takde pun bagi surat ingatan suh bayar kan.. aku guna la duit wat mende lain. hihi.. aku dah prepare baju mandi seme kat fakhry. suh dia mandi manda kat swimming pool tu.. tengahari buta. ekeke. sabar jela kan. kul 11.30 camtu.. sib baik xde la terik sangat matahari hari sabtu tu..


dah puas dia mandi setelah bape kali suh naik n balik, kitorang menuju ke the curve. saje cuci mata.. ingat nak survey stroller untuk naira.. stroller lama bagi kat abang ngah aku.. saje nak perabih duit beli baru. ekekke.. tapi survey jela sebab duit dah abih wat bayo maintenance kan.. pulak tu naira macam tak bape suka dok dalam stroller lebih suka melekat kat aku. so better pakai carrier jela buat masa ni. cuma fakhry la sebab dah biasa kalu jalan-jalan dok dalam stroller, kali ni asyik suh papa dia dokong je. hahah.. letih la..

ada bird park kat ikano...

pi ronda-ronda ikea, ikano, the curve je.. beli pinggan sudu plastik n meja makan fakhry. sekarang memang excited la nak makan sendiri dia.. sikit-sikit "mama nak makan nasi, pinggan dgn sudu baru, nak potong ayam".. balik je dari umah bbstr, bau makanan orang lain masak, cepat je cakap nak makan nasi... tapi bagus gak la.. makan banyak sket..

lepas tu kitorang terus pi giant plak, nak cari bahan-bahan untuk masak ari ahad n barang-barang keperluan lain. masa ni fakhry dah keletihan tido dalam kereta je.. aku pi dengan naira je.. tapi lepas tu dia bangun la.. settle seme, dalam kul 7 kitorang balik umah... malam tu dia siap cakap " tido dulu, bangun, pi rumah mak ana (bbstr dia).." aku siap cakap eh esok mama tak work la... tapi dia still cakap nak pi rumah mak ana.. agaknya puas hati dapat jalan seharian sampai kan ahad pun nak pi rumah bbstr dia..

Monday, June 21, 2010

Fakhry 2tahun 10bulan, Naira 8bulan..

Posted by NaZa at 12:30 PM 1 comments
lamanya tak update blog. malas skang ni.. lagipun macam tak berkesempatan.. kalu kat rumah memang la tak sempat nak update. fakhry dan naira masing-masing menagih kasih sayang kat mama dia ni.. bile si adik dah makin menghampiri, si abang dah terbaring atas riba mama dia.. bile si adik dah sampai, apa lagi, dilepuk abang dia kat muka atau pun duduk je atas perut abang dia.. ganas sket la si adik ni.. main tarik rambut, gigit kaki abang dia la.. dah si abang plak gembeng sket, kena kaco dengan si adik, berlari mengadu ke mama.. hahah..

fakhry memang kuat merajuk skang, marah sket merajuk masuk bilik. macam semalam, papa marah sket, merajuk masuk bilik, peluk bantal nangis2 sket, kalu dipujuk, lagi kuat dia nangis. pastu dok cari aku ngadu.

fakhry : papa marah kiat ( nick name yang dia create sendiri faKRY izzAT)
mama : fakhry buat papa marah. fakhry buat apa?
fakhry : takde punnn... nanti mama marah papa yek. pukul papa...

hahah. sabo jela.. suh balas kat papa dia.. pandai je.. sebutan fakhry fail sket bab 'ng' dibelakang. kalu abang jadi abam. sayang jadi sayam.. seme ditukar ke m.. cakap mmg la banyak dah.. bunyi apa je tanya "apatu? "  bile kite jawab, dia tanya lain .. kadang-kadang aku pun dah taktau apa lagi nak balas supaya soalan tu sampai ke akhirnya..

naira plak dalam process belajar merangkak.. kalu atas tilam ok je merangkak tapi bile atas lantai tak nak plak.. maybe sebab keras n lutut dia sakit kot.. suka la sangat memanjat. rak tv, meja komputer aku, kerusi meja abang dia, kepala katil.sofa, dah bape kali terjatuh terlentang riso je kepala dia.. huhu. suka sangat berebut mouse laptop aku.. sekarang bile tinggalkan kat rumah babysitter xde la nangis.. tapi kena la suap something dalam mulut sebab dia memang suka makan. lagi dia suka makanan orang lain, dia punya sendiri susah tul nak bagi makan.

 sila abaikan pemandangan yang lain. hihi


fakhry swimming.. nanti aku upload video dia berenang. hihi

Wednesday, June 9, 2010

buffalo wings

Posted by NaZa at 2:49 PM 0 comments
menu dinner ala western. untuk merasmikan oven yang aku baru beli minggu lepas...
berangan nak beli dah bertahun-tahun, baru beli skang. lgpun dapat baru dapat increment, kalu tunggu-tunggu, tau-tau je duit dah abih... menyesal plak..

brand elba 30L je.. beli kat jus*co murah rm20 dari seng*heng

buffalo wings (tapi bukan wings pun amik ape yang ada dalam peti.). + baked beans + fries

Next project nak masak cake or brownies.. tah bile xtau la. hhihi

RESEPI? 1 package McCormick® Original Buffalo Wings Seasoning Mix.. hihih

Monday, June 7, 2010

Iphone - henpon baru...

Posted by NaZa at 9:25 AM 5 comments

setelah membuat survey... aku nak amik plan digi.. tapi kena la tukar dari celcom ke digi plak kan...

mmm.. tapi seme tu impian yang tidak menjadi kenyataan.. huhuh.. sebab henpon sony k810i aku telah dibaik pulih.. memula dulu hantar kat kedai KL diorang charge rm280.. malas la nak baiki sebab mahal sgt. so aku terus la berangan untuk memiliki iphone.. pastu baru ni balik tganu, hubby pi suh adik ipar hantar kedai baiki.. diorang mintak rm160 je.. huhu.. so skang sihat sejahtera maknanya impian nak beli iphone terkubur la.. kena tunggu henpon sony tu rosak semula, baru la boleh beli.. huhu.. sebab aku ni jenis pakai mmg sampai rosak baru la boleh beli baru... takpela. ada hikmahnya .. kena tunggu celcom wat pakej iphone la camni..

Wednesday, June 2, 2010

cuti-cuti kampung losong..

Posted by NaZa at 3:19 PM 3 comments
baru lepas bercuti panjang. balik kampung losong.. pi wedding sepupu hubby. suppose semalam keje tapi sebab ngantuk sangat n penat sebab sampai rumah pukul 2pagi.. ingatkan nak amik halfday. tapi lepas je hantar bebudak ni pi umah babysitter, terus melencong tempat lain. berdating berdua dengan hubby. ihihih.. malas plak nak keje...

balik kampung, naira langsung taknak dengan orang lain.. papa n mama sahaja.. kalu tinggalkan kejap je nangis, kalu abang fakhry ada dok main2 dengan dia, ok la sket. huhu.. dah kenal orang. skang pun tengah exercise tangan, lutut n punggung untuk merangkak plak.. cubaan berdiri dengan berpaut meja pun sudah..

mood nak update blog takde.. setakat ni jela aku menaip. emmm

bas kayu. acara wajib bile balik kampung kena naik bas. sebab bangun pagi ayat yang keluar dari mulut fakhry " nak naik bas"

 dalam bas sebelum dua2 tido..

bergambar sebelum naik bas. hihi

pengantin baru..
 aktiviti lain semasa balik kampung adalah "main pasir-pasir di pantai". gambar di cilok dari FB adik ipar...
 

MySelf MyView Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal