Tuesday, June 22, 2010

jalan-jalan hari sabtu

Posted by NaZa at 12:32 PM
malam sebelum tu dah bagitau fakhry suruh bangun awal, so boleh breakfast kat luar. dia pun siap cerita dengan bbstr dia, "esok nak jalan-jalan dengan mama, papa, naik car papa.." huhu
so pagi breakfast kat Q-bistro bandar permaisuri. lepas tu settlekan duit maintenance umah LA aku yg berzaman tak bayar. ekek.. sib baik xde interest.. tu pun tak abih lagi... dah diorg takde pun bagi surat ingatan suh bayar kan.. aku guna la duit wat mende lain. hihi.. aku dah prepare baju mandi seme kat fakhry. suh dia mandi manda kat swimming pool tu.. tengahari buta. ekeke. sabar jela kan. kul 11.30 camtu.. sib baik xde la terik sangat matahari hari sabtu tu..


dah puas dia mandi setelah bape kali suh naik n balik, kitorang menuju ke the curve. saje cuci mata.. ingat nak survey stroller untuk naira.. stroller lama bagi kat abang ngah aku.. saje nak perabih duit beli baru. ekekke.. tapi survey jela sebab duit dah abih wat bayo maintenance kan.. pulak tu naira macam tak bape suka dok dalam stroller lebih suka melekat kat aku. so better pakai carrier jela buat masa ni. cuma fakhry la sebab dah biasa kalu jalan-jalan dok dalam stroller, kali ni asyik suh papa dia dokong je. hahah.. letih la..

ada bird park kat ikano...

pi ronda-ronda ikea, ikano, the curve je.. beli pinggan sudu plastik n meja makan fakhry. sekarang memang excited la nak makan sendiri dia.. sikit-sikit "mama nak makan nasi, pinggan dgn sudu baru, nak potong ayam".. balik je dari umah bbstr, bau makanan orang lain masak, cepat je cakap nak makan nasi... tapi bagus gak la.. makan banyak sket..

lepas tu kitorang terus pi giant plak, nak cari bahan-bahan untuk masak ari ahad n barang-barang keperluan lain. masa ni fakhry dah keletihan tido dalam kereta je.. aku pi dengan naira je.. tapi lepas tu dia bangun la.. settle seme, dalam kul 7 kitorang balik umah... malam tu dia siap cakap " tido dulu, bangun, pi rumah mak ana (bbstr dia).." aku siap cakap eh esok mama tak work la... tapi dia still cakap nak pi rumah mak ana.. agaknya puas hati dapat jalan seharian sampai kan ahad pun nak pi rumah bbstr dia..

0 comments on "jalan-jalan hari sabtu"

 

MySelf MyView Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal