Friday, July 23, 2010

cerita anak-anak lagi.. tu jela yang boleh share

Posted by NaZa at 3:08 PM
sekarang ni malas tul nak update blog. banyak cerita nak share. tapi kadang2 ada sesetengah cerita yang kite tak mau sesetengah orang tau. walaupun mende tu aku nak gak ada kenangan untuk hari tua. tp last-last sebab mau jaga hati so tak tertulis la.. tu sebab seminggu sekali jela kalu rajin aku update. hihih

semalam pi checkup 9month Naira. bawak fakhry sekali. kalu cakap nak jumpa doktor memang taknak ikut. so dia cakap nak teman adik naira jumpa doktor. pulak tu ada nurse bahagian gigi datang plak minggu ni. so ada la sket knowledge sharing pasal penjagaan gigi. nurse tu suruh fakhry bukak gigi nak check, tapi sepanjang masa dia ketapkan mulut dia rapat-rapat. sabo jela.. info yang diorg bagi tau.

1. kalu baby umur 0-1 tahun, gosok gigi atleast sekali sehari sebelum tido waktu malam. just gosok gigi n lidah je, gusi2 takyah...
2. jangan share makanan dalam mulut orang dewasa dengan baby.. aku selalu gak la wat camtu, konon nak kasi hancur-hancur sket la baru bagi naira, or masukkan sudu dalam mulut aku dulu sebab nak rasa panas ke tak bubur dia sebelum bagi kat dia... tapi nurse tak bagi sebab bakteria dalam mulut orang dewasa lagi kuat dari budak.. so boleh merosakkan gigi diorang.
3. kalu berus gigi bebudak tu cari yang soft n yang boleh letak berdiri.. dan jangan campur dengan orang dewasa.

ada yang yg lain, tapi tak berapa penting sgt kot. n dia tunjuk gak la cara nak berus gigi bebudak ni.. ala2 cite upin-ipin.. "bulat..bulat..bulat.. bulat.." hihih

progress naira, sekarang dah 9bulan.. dah bleh merangkak dengan jayanya.. dalam usaha nak berjalan.. kalu berdiri tanpa berpaut boleh la tahan 2-3second.. still xmau dengan orang.. semalam timbang 7.1kg. kire ok jela.. xkisah la jgn tembam sangat sudah, nanti jenuh nak berdiet macam papa dia.. :p tapi makan activity yang paling dia suka.. dah abih bubur semangkuk, lepas tu bile aku makan, dia mau lagi.. sabo jela.. so bile makan kat kedai, duduk dalam baby chair, n as long as aku suap dia makanan, dia tak akan mengganggu kitorang makan la..

fakhry plak, bulan depan dah genap 3tahun. mulut pun dah banyak.. kadang-kadang ada je salah penggunaan perkataan.. kelakar pun ada...  bangun pagi, adik dia selalu kejutkan abang dia ni, tarik rambut or duduk atas abang dia. klu fakhry bangun dulu, dia akan amik bantal kecik dia n tepuk-tepuk tilam supaya adik dia sedar... kekadang memang susah sket nak suh naira tido, sebab fakhry asyik cakap " adik jangan tido".. sabo jela.. tapi fakhry memang abang yang bagus la, buang pampers adik mmg dia yang buat, amik pampers, klu aku pi dapur jap, dia la main dengan adik dia.. mandi pun nak tolong mandikan adik dia. kalu dia makan , share dgn adik, tapi kekadang bahaya gak, sebab icecream pun dia suap.. huhu

mari memasak
 naira dan tolocar

progress rumah..

hari ni aku balik kampung... yeyeyey... lama giler tak balik dari bulan 2 tu...

0 comments on "cerita anak-anak lagi.. tu jela yang boleh share"

 

MySelf MyView Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal