Thursday, September 30, 2010

Apabila dua beradik bermain bersama

Posted by NaZa at 12:48 PM 2 comments
1. mula-mula, sorang tolong taburkan bedak, yang sorang lagi ratakan..

  2. baring atas bedak yang di taburkan...

 3. angkat kaki.. bersedia untuk bergolek..
 
 4. golek kiri dan kanan...

 5. panggil mama untuk menunjukkan hasil seni diorg..

 6. hasil seni si abang.. make up kan ultraman kesayangan..


7. hasil seni si adik.. abih penuh bedak di muka dan baju...

p/s: sekarang kat rumah kena pasang gate sebab naira dah pandai pi dapur and bilik air sendiri.. bahaya... tak mahu perkara buruk berlaku nanti.. kalu fakhry dulu. dia takkan melepasi border yg aku letak gate skang ni.. so memang aku tak perlu pasang gate tu pun masa dia kecik..

Wednesday, September 29, 2010

kuda ku lari gagah berani..

Posted by NaZa at 2:32 PM 0 comments
balik terengganu masa raya, sempat la pi singgah kat pantai batu burok. fakhry la sibuk nak naik kuda.. tapi bile sampai depan kuda, pegang pun taknak. penakut tul. padahal sebelum tu dalam kereta, cakap berani la, nak naik sorang la.. sabo jela..tapi aku paksa juga, sebab nanti lain kali dia ngungkit plak nak naik. naira pegang kuda ok je.. usap2 kepala kuda tu.. pastu nak suh naik kereta kuda.. yg tu mahal la, dewasa 1 kepala rm5, dah tu kalu kitorg seme, mau rm15. membazir je..sib baik last2 ada la sorang budak tu naik kuda, so bila dia nampak dah ada orang naik, dia pun berani la.. tak mahal pun sekali pusing rm3. tapi fakhry 2x pusing org tu bawak.. pastu ada la org tolong pegang, kang jatuh susah je.. tu pun nak suh papa dia pegang kan, tp maaf la papa mu itu sakit kaki la..
  
muka takde perasaan.
   
ada org tolong pegang kuda, n pegang dia takut jatuh kan.. baru la senyum sket... nak melambai kat mama pun takut-takut
 
bersama kuda...
 lepas naik kuda terus dia kata, "lupa la nak amik layang-layang kiat".. layang-layang ada kat dalam kete, jenis beli bleh bukak seme, simpan dalam plastik tak rosak.. jimat la xyah beli lagi.. hihi..

mama dan fakhry. baru lepas pi open house, tu yg berbaju kurung. feeling2 wanita ayu. ekeke

dia main sekejap je, aku yg kena pegang layang2 tu, dia pi main pasir, sabor jela.. lepas tu nak main air plak. tapi sebab aku pakai baju kurung jekan, benarkan dia main kan gigi air je..

saya anak malaysia... ^__^

Wednesday, September 22, 2010

Aidilfitri 2010

Posted by NaZa at 2:31 PM 0 comments
dah lama tak update.. blog raya lama sangat.. hihi
takde masa nak update, kat rumah memang tak bleh dah, buka laptop, si kecik tutup balik laptop..
kalu tinggal kejap je, dia pi cium-cium keyboard dgn air liuh meleleh-leleh, abih basah keyboard aku.. huhu
tahun ni raya johor. sepatutnya selang seli last year terengganu kan..sakit poket wooo kalu nak balik dua-dua tempat kan...tapi kerana ingin menjadi isteri mithali (muahaha.. selepas adegan pujuk rayu tapi rasuah xde la plak huh..) balik la jugak terengganu masa raya ke-6. seperti biasa masuk jela gambar raya yang diambil dengan camera phone aje..tema tahun ni pink. hajat dihati nak pi studio, tapi anakanda kesayangan tak sihat plak, so cancel la..



raya pertama


fakhry tak sihat, mata kiri bengkak, demam, pi klinik dihari pertama, klinik pun penuh orang beraya.. huh..


raya ke-2 - baju yang sama dgn opismate. hahah



raya ke-3 pi beraya melaka. akak ipar takde dalam gambar. nak menunggu abg ngah aku upload gambar full tah bile gamaknya...
raya ke-6 before balik ke terengganu.

Wednesday, September 1, 2010

22 Ramadhan..

Posted by NaZa at 2:30 PM 3 comments
bulan pose ni mood nak update memang takde.. mood tgk resepi je... skang ni pun dah ketandusan idea nak masak apa untuk buka pose.. klu pi bazar ramadan pun last2 tak tau nak beli apa.. selalunya weekdays aku masak, sabtu ahad gantung sudip kuali makan kat kedai. hihi.. selalu orang masak weekend la kan, ni aku plak terbalik..

tahun ni kerajinan lebih sket la, buat kuih raya. ^_^ **bangga-bangga**  sarang semut je.. tu pun 1 adunan.. xsempat nak buat sebab encik suami bz manjang, weekend pun sibuk nak keje. habih tu sape la nak jaga jeneral2 kat rumah tu.. aku kat dapur, naira sibuk la nak main cak-cak ngn aku.. sibuk gak la nak tolong wat kuih gak.. tapi macam xsempat raya kot sebab si fakhry tiap-tiap malam dok mintak " nak kuih mama".. bagi jela kan nanti simpan2 last-last xde orang nak makan. ingat nak wat biskut arab, tunggu weken ni la, harap encik suami tak bz la.

ahad lepas plan nak pi beli baju raya anak-anak. tetiba bateri kete kong plak. naik la semula ke rumah. sampai seme dah tertido tunggu papa settle hal kete.. bangun tido fakhry dok cakap nak beli baju raya.. so ptg tu pi la jugak sunway piramid. tapi dalam kelaparan kan, tak larat aku nak pilih. last2 dapat 2helai je baju naira. fakhry punya ingat nk beli masa cuti merdeka, sekali en suami pun keje jugak. huhuhu...

Naira skang dah bleh jalan, walaupun badan still goyang-goyang. dah tu si abang selalu la menolak adik dia ni.. sian tul. tp adik ni pun satu.. abang dok tengok upin-ipin kat laptop, adik kaco, tekan keyboard la, tutup laptop la.. abang main mainan, adik dok rebut-rebut. abang dok makan, adik ngendeng-ngendeng nak makan gak, kadang2 dia rampas makanan abang. tp selalunya diorg dua ok je.. cuma kelakar je tengok gelagat diorang..
pose b4 pi terawikh. ala-ala malu nak tunjuk muka. baju berlipat-lipat, mama malas nak gosok. hihi

naira berjalan tergoyang-goyang. hihi
 

MySelf MyView Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal