Friday, July 15, 2011

Persediaan Menghadapi Ramadhan

Posted by NaZa at 10:37 AM 2 comments
“Ya Allah Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”

Telah berlalu hari, minggu, dan bulan. Sedar atau tidak, kita semakin mendekati bulan yang penuh kebaikan, keberkatan, dan rahmat. Bergema di serata dunia doa orang-orang yang beriman; Allahumma Ballighna Ramadhan. Doa yang diwarisi dari kekasih yang dicintai Ar-Rasul s.a.w.

Allahumma Ballighna Ramadhan. Inilah doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini. Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa ‘Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan’ (Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi).

Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik dengan tema yang agung ini; Allahumma Ballighna Ramadhan. Kesannya, mereka menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan menharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan. Saudara yang mulia, bagaimanakah halnya kita?

Allahumma Ballighna Ramadhan, merupakan doa dan harapan. Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang salih bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka). Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.

Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini? Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramdhan kali ini.

Persediaan
Cara
Iman
1. Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat).
2. Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan.
3. Perbanyakkan puasa di bulan Sya’ban (Isnin-Khamis, 15-16-17).
4. Membaca Al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya).
5. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu).
6. Berzikir setiap masa, Al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu).
Ilmu
1. Membaca/belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa.
2. Membaca buku-buku penyucian jiwa.
3. Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.
4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan.
Dakwah
1. Bersedia untuk memberi tazkirah/ceramah tentang kelebihan dakwah di bulan Ramadhan.
2. Menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar.
3. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan.
4. Memberi hadiah Ramadhan kepada rakan-rakan dengan tujuan mendekatkan diri dan mereka kepada Allah.
5. Menyediakan risalah/majalah kecil untuk jiran-jiran tentang persediaan menyambut Ramadhan.
Keluarga
1. Membuat persediaan bersama seluruh ahli keluarga untuk menyambut Ramadhan terutama dari aspek iman dan ilmu.
2. Membaca buku berkaitan Ramadhan bersama-sama.
Keazaman
1. Membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik.
2. Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa.
3. Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf.
4. Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat.
5. Sentiasa berlapang dada.
6. Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa.
Jihad
1. Merealisasikan matlamat ‘Bersungguh-sungguh melawan nafsu’.
2. Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur).
3. Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.
4. Menahan syahwat dari perkara yang haram.
5. Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.
Refer : tazkirah

Sunday, February 20, 2011

Sabah - day 2 -21/1/2011

Posted by NaZa at 11:06 AM 0 comments
ikut kena bangun pagi, tapi biasa la bile dah ada anak-anak yang kecil lagi, pagi tu maksudnya pukul 8.30 ke atas... huhuh.. dah la kul 6.30 dah terang benderang kat luar..
breakfast simple je kat hotel, terus gerak pi kundasang....
plan nak singgah jambatan tamparulli.. so on dway tu nampak jambatan ni, ada tulis tamparuli. tp sebenarnya bukan di sini la.. ekekekke... sebab buruk beno kan,  so bile google, depan sket ada simpang masuk tamparuli, tapi sebab kitorang dah terlepas masa tu, so plan nak pi esok la on the way nak pi kudat...

singgah pekan nabalu. kat sini bleh beli fridge magnet.. murah je 4-rm10. tapi ada yg kata leh dapat 5-rm10.

pekan nabalu ni glamer dengan nenas, mmg manis la nenasnya... belakang tu ada nenas yang besar n menara nabalu..
 
gong ke apa yek namanya?

puncak gunung yang tersembunyi disebalik awan

pemandangan pekan nabalu dari menara nabalu.
puncak gunung kinabalu
lepas tu pi kinabalu park.. xnampak apa pun sebab kabus tebal. huhu.. kinabalu park ni, kaki gunung la... masuk rm3/adult..



sampai kat pekan kundasang dah tengahari, hujan plak tu. so kitorg singgah lunch... pi jela mana2 kedai... makanan diorg memang lain sket la dari kt semenanjung ni, tapi makan jela, banyak gerai jual sayur, pokok-pokok yang macam cameron highland.. sebab situ kan kawasan sejuk... tapi xde la aku beli, sape nak masak kan,

lepas hujan berhenti, gerak ke mesilau dairy farm.. jalan dia macam ala-ala jalan tapah nak pi cameron.. tp rasanya lg seriau la.. hihih.. tapi bile dah sampai memang puas hati la... entry fee rm3/adult.. kitorg mmg plan sampai situ pukul 3 sebab waktu tu diorg akan perah susu lembu... tempat ni actually ladang lembu. kalau kat semenanjung xdenya la kan nak pi kekkeke. tapi sebab tempat orang, pergi la gak..



lembu yang tengah makan sambil diperah susunya...

lembu-lembu yang menunggu giliran..

pelawat yang tengah minum susu segar fresh dari ladang.. tapi aku kureng sket sebab dah terbau, bau yang sangat 'harum' ekekkeke tapi fakhry memang la suka sangat. ekekek.. sampai skang dia asyik cakap "nak minum susu lembu" hoho 


rumput yang sangat menghijau...

 selepas tu kitorang gerak ke poring.. masa ni dah kul 4.30. terletak selepas pekan ranau, ingat kan dekat, rupanya jauh la gak, huhu..

ada pondok-pondok untuk berendam.. ada gak la pondok private kalu nak mandi tanpa gangguan orang lain.. tapi sebab dah lewat, aku just rendam kaki jela..

dua beradik yang berendam dalam air panas.. tapi lambat tul nak penuh kolam ni.....


  ikut itinerary nak pi fish spa kat are situ gak.. tapi dah lewat... kul 5.30 masa tu... kat sana kan malam awal... so takut dah gelap nak pi check-in kirams village.. dah la atas lagi dari desa cattle tu... singgah pekan ranau beli nasi untuk dinner... tapi scary tul jalan nak pi kiram village, kabus tebal sampai tak nampak jalan. sib baik masa kitorg nak naik tu, ada bebudak naik motor, so follow diorang je... akhirnya selamat sampai jugak dengan penuh debaran.. malam tido dengan kesejukan sbb mmg sejuk .. hohoho

Saturday, February 19, 2011

trip to 5d4n sabah - day 1 - 20/1/2011

Posted by NaZa at 10:28 AM 1 comments
sudah lama tak update blog..
mood takde, tapi kali ni sebab nak wat kenangan, aku update la percutian 5d4n ke sabah...
tiket actually beli masa zero fare airasia.. tahun lepas lagi...
dapat rm48 return flight untuk 4 orang.. dengan Naira skali aku beli seat sebab kalu ikut price infant kena rm100. rugi lakan...
flight pukul 11.30 pagi.. pi sepang, suruh boyfriend adik yg hantar ke lcct. pastu simpan kete rumah dia.. jimat duit. ekeke..

 penerbangan amik masa 2jam 10min kot.. dah lama2, masing2 bosan. si naira dah main kepala org kat depan. sabo jela. huhuh

 sewa kete kat hertz, rm88/day.. hyundai matrix. sampai je check in kat megah d'aru hotel..
hotel budget je.. ikut plan nak pi kg sarawak... tapi sebab cari hotel lama sangat dah lewat... lagipun bebudak ni kepenatan je, so petang lepak je kat bilik... kul 5 camtu kuar pusing-pusing bandar kota kinabalu.. bebudak ni dah tido dalam kete, nak turun jalan-jalan xsampai hati nak kejut. oleh sebab kat sabah kan, maghrib awal, xsempat aku nak tengok sunset kat pantai tanjung aru...
malam dinner kan restoran masakan sedap kat luyang.. chinese-muslim.. portion makanan makan 4/5 orang makan... kekenyangan tul... tp tak berapa menikmati sebab bebudak ni meragam sebab letih dalam flight kot. tapi sib baik ada iphone, leh la fakhry tgk ultraman dia sambil aku suap dia makan...
abih makan, balik hotel, tido.... bersedia untuk esok plak.... zzzzzz
 

MySelf MyView Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal